Rabu, 30 April 2014

Rahsia Obama datang ke Asia terbongkar!

"Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara,"

Blogger Sayuti Omar mendakwa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Jepun, Korea, Malaysia, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan.

Katanya perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia.

"Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apa akan berlaku untuk 50 dekad akan datang," katanya dalam posting terbaharu blognyawww.msomelayu.blogspot.com
{baca lagi klik butang papar ... }


Dakwanya, unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada di atas Amerika daripada segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan Obama.

"Sebagai presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatanya tidak lama lagi menjadi tugas Obama meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang oleh rakyat Uncle Sam itu," tambhanya.

Sayuti mendakwa hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang.

Negara Asean sudah ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada perbendaharaan kedua kepada Amerika juga adalah perdagangan dari China," katanya.

Katanya lagi, Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China.

"Justeru beliau sudah dapat menghidu nasib Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang," ujarnya.

Beliau menambah dalam bacaan orang seperti Obama, penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti.

"Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara," tegasnya.

Beliau berpendapat tidak mustahil apabila Amerika sudah tenat sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga.

"Untuk tujuan itu, Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya atau dalam kata lain mengenal pasti di manakah beliau hendak tumpang meletakkan meriamnya untuk berdepan dengan perang," dakwanya.

Katanya, apa yang hendak disampaikan di sini ialah jangan rakyat negara ini menerima kedatangan Obama itu seperti kehadiran bintang bola sepak atau bintang filem Bollywood atau Hollywood, kerana kedatangan seorang presiden membawa mesej peperangan bukannya kemanusiaan.

Sayuti berharap kedatangan Obama ke Malaysia jangan dipuja seolah-olah Obama adalah seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan kekuasaan Amerika.

"Kononnya Obama seorang presiden yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada manusia," katanya.

Tambahnya, keterujaan rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairanan.

"Diberi ulasan dan penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan darah Obama. Jenis XXO," dakwanya.

Beliau mengingatkan walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika.

"Kita perlu kenal siapa Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika menggunakan kekuatannya untuk menakluki negara-negara kecil demi kepentingannya," dakwanya lagi. ~fmt


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Gadis ini Terselamat daripada diperkosa

Kuala Lumpur – Seorang gadis berusia 17 tahun nekad melawan suspek lelaki yang cuba merogolnya walaupun penjenayah itu mencekik leher mangsa sekuat hati.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa dikatakan diserang penjenayah ketika menunggu ibunya untuk keluar makan di kawasan perumahan berhampiran Taman Muda, Ampang, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dihampiri suspek berusia lewat 20-an dari arah belakang sebelum memeluknya.
{baca lagi klik butang papar ... }


“Mangsa meronta-ronta bagi melepaskan diri, namun dipukul lelaki terbabit. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dicekik suspek dipercayai bagi mengelakkannya menjerit.

“Remaja terbabit terus bergelut sebelum lelaki itu cuba menanggalkan pakaiannya dipercayai bagi merogol mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang bergelut dengan suspek kemudian terjatuh sebelum menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Jeritan kuat itu didengari penduduk kawasan berkenaan sebelum lima hingga tujuh lelaki bergegas memberi bantuan,” katanya. – myMetro Online

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN


Nik Aziz 'setuju' dengan UMNO

[DIKEMASKINI] Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan Umno untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan bagi membolehkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 lebih difahami sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun, enggan campur tangan dalam urusan teknikal, walaupun mengakui pelaksanaannya perlu kepada jawatankuasa teknikal.

“Masalah teknikal bukan kerja saya, saya hanya sebut masalah dasar, bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan, ia perlu kepada teknikal.

“Saya tidak suka masuk campur dalam urusan teknikal, terserah kepada pihak berkenaan tapi saya menyambut baik cadangan itu, saya gembira kerana hudud yang dulunya ditentang, kini diterima,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan Umno mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.
{baca lagi klik butang papar ... }



Beliau ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di sini, semalam.

Muhyiddin dalam lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Ahad lalu berkata, jawatankuasa itu akan disertai golongan yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar hukum agama daripada luar negara.

Sambil meluahkan kegembiraannya terhadap perkembangan positif di sebalik isu pelaksanaan hudud di Kelantan, Nik Aziz berkata, selama 23 tahun beliau berjuang memperkenalkan Pas dan gerakan Islam kepada rakyat dan kini berita baik diterimanya.

Dalam pada itu, mengulas pertemuan bersama Asyraf Wajdi, Nik Aziz berkata, beberapa perkara telah dirungkaikan dan mendapat maklum balas positif daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, tambahan pula beliau antara orang pertama menganggotai jawatankuasa agama (Yadim) di awal penubuhannya dahulu.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




MH370: Pakar penerbangan dedah sesuatu yang tidak kena pada fakta dihantar Malaysia?


Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam.

Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast.

"Bukan amalan biasa laporan penyiasatan kemalangan untuk terus ke ICAO. Ia menjadi tanggungjawab agensi penyiasat negara berkenaan untuk mengeluarkan laporan itu kepada awam di mana perlu, sebagaimana amalan biasa bagi membayangkan penyiasatan itu bebas daripada kongkongan politik atau industri," kata Irving dalam laman berita itu.

Lebih daripada 50 hari berlalu sejak MH370 lenyap pada 8 Mac dan pencarian yang diketuai Australia di Lautan Hindi di mana Boeing 777-200ER itu dijangkakan terhempas tidak menimbulkan apa-apa hasil.
Reuters melaporkan semalam bahawa kemungkinan untuk menjumpai serpihan terapung daripada MH370 tampak mustahil, dan fasa baru untuk pencarian akan fokus kepada kawasan yang lebih besar di dasar laut Lautan Hindi.

Irving berkata misteri paling besar dalam sejarah penerbangan belum menemui penjelasan walau dengan pencarian multinasional di kawasan terpencil Lautan Hindi, dan ini menimbulkan dua persoalan:

Adakah sumber yang mencukupi digunakan untuk pencarian dasar laut?

Adakah realistik untuk terus pencarian apabila musim sejuk hemisfera selatan sudah bermula dan keadaan hanya boleh lebih teruk daripada kini?

Satu-satunya cara munasabah untuk menjawab persoalan tersebut adalah dengan membandingkannya dengan pencarian penerbangan Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.

Apa yang paling menarik tentang pencarian Air France 447 adalah ia "bukan satu usaha yang berterusan atau terbuka", katanya.

"Ia dijalankan dalam jangka masa lebih kurang dua tahun dalam empat operasi yang berasingan."

Kotak hitamnya, serpihan dan mayat dijumpai dua tahun kemudian dalam operasi keempatnya.

"Jelas bahawa pencarian untuk bangkat Air France Airbus A330 dirancang dengan teliti, sistematik dan mempunyai sumber yang mencukupi, dengan setiap operasi dijadualkan untuk musim di Atlantik Selatan yang tidak bahaya." kata Irving.

Dalam kes MH370, tidak terdapat jumpaan awal bangkai pesawat itu.

Namun, katanya, "Pencarian di Atlantik menunjukkan tiada gunanya menggunakan alatan menyelam yang canggih sehingga kawasan pencarian dapat diperkecilkan lagi. Pada masa itulah teknologi yang digunakan boleh memberikan kesan – mulanya lokasi serpihan kemudian penemuannya."

Kes Air France 447 memberi penanda antarabangsa bagi integriti penyiasatan hempasan pesawat, kata Irving, kerana keterbukaan dan komitmennya untuk memberitahu pihak awam apa yang dijumpai para penyiasat.

Laporan akhir yang dikeluarkan pada Julai 2012 disifatkan sebagai, "deskriptif, preskriptif dan menjadi teladan dalam penjelasannya".

Irving berkata Malaysia sepatutnya mengikuti langkah Perancis dan mengeluarkan laporan sendiri daripada menghantarkan laporan kepada ICAO di Montreal. ~tmi

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Artikel Berkaitan



Gempar: Tan Sri Muhyiddin jumpa pemimpin sesat!!

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin telah menziarahi Mantan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kelantan semalam. Yang mengurus kedatangan ini adalah anak beliau Nik Abdul.

Pada 6 April 2013 Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat. Kenyataannya disiarkan oleh semua akhbar utama di Malaysia.

BUTIRAN LANJUT BERITA DAN VIDEO SESAT BOLEH
lihat kat sini

Yang hairan semalam UMNO datang jumpa orang yang sesat? UMNO sekali fikir nampak baik, dua kali fikir nampak temberangnya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Saya tak kata ziarah tu tak bagus. Sepatutnya UMNO dan PAS saling ziarah mengziarahi antara satu sama lain agak banyak maklumat boleh disampaikan kepada yang kurang jelas tentang perjuangan Islam.

Itu cerita UMNO. Satu lagi cerita dalam kain PAS sendiri yang suka sebar maklumat putar belit.

Jangan hairan ada yang sebar cakap TGNA "Ambe bukan minta pun jumpa dia, tapi Abduh yang susun" yang bermaksud Nik Abduh dihubungi oleh pihak TPM Muhyidin untuk mengatur lawatan luar agenda ini. Takkan Nik Abduh kata tak payah datanglah!!!

Tapi sahabat sesama PAS ini untuk menyerang Nik Abduh kononnya susun tu maksudnya Nik Abduh yang rancang pertemuan ini. Saya rasa ini pun satu hal yang bengong dalam PAS... ~tempayan retak

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Gambar ini membuktikan MH370 telah dijumpai tetapi bukan di Lautan Hindi

MH370: Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas


SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.


Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai satelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.

Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.


Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.


Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".

Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini. -mstar

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN


(terburai) Penyelewengan dalam pemilihan PKR didedahkan orang kuat PKR!



PETALING JAYA: Bekas ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai CheguBard, hari ini berkata terdapat penyelewengan, manipulasi dan penipuan dalam pemilihan PKR 2014.

Katanya, penipuan berleluasa dalam pemilihan tersebut akan membunuh demokrasi dalam PKR selain membinasakan masa depan dan harapan bersama.

Beliau berkata tuduhan penyelewengan pemilihan itu seharusnya dijawab timbalan presiden PKR Azmin Ali dan bukannya ketua propaganda pasukan Keadilan Raya, Ekmal Ahmud, yang “tidak mempunyai maklumat yang benar.”

Badrul Hisham berkata Ekmal tidak menafikan penglibatan pasukan Keadilan Raya dengan penipuan tersebut sebaliknya cuba menuding kepada ketua jawatankuasa pemilihan parti (JPP), Johari Abdul dan setiausaha agung, Saifuddin Nasution yang juga salah seorang calon Timbalan Presiden.

“Ekmal Ahmud menyatakan tidak perlu desak. Selaku anggota parti apa masalahnya mendesak?

“Adakah parti ini sudah tidak boleh ditegur, SPR contohnya pengendali pemilihan di peringkat nasional maka apabila terdapat kepincangan bukankah rakyat perlu bangkit mendesak dikembalikan ketelusan dalam demokrasi negara,” soalnya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Selain itu Ekmal Ahmud turut mempertikaikan Saifuddin, yang bertanding jawatan pada pemilihan tersebut namun masih memainkan peranan sebagai setiausaha agung.

“Dia (Ekmal) mempertikaikan bagaimana Saifuddin, yang bertanding, akan membentangkan laporan pemilihan dalam Kongres Nasional nanti.

“Dengan kenyataan yang disiarkan oleh Awani, sahih dia tidak punya maklumat lengkap atau tidak diberi maklumat lengkap oleh pasukan Keadilanraya atau dia sendiri keliru,” katanya.

Tambah Badrul lagi, setelah dicari maklumat sahih nyata Ekmal tidak tahu bahawa sejak 10 April lagi, Saifuddin telah menulis surat kepada Presiden untuk ‘bercuti’ dari semua tugasan selaku Setiausaha Agung.

“Semenjak mengumumkan pengesahan bertanding Saifuddin sudah tidak lagi membuat apa-apa peranan setiausaha agung malah tidak hadir sebarang mesyuarat termasuk Biro Politik.

“Ekmal juga keliru atau tidak faham kerana Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) atau Kongres dan pemilihan adalah dua perkara berbeza. MATC atau Kongres dibawah kelolaan Ibu Pejabat PKR dan itu yang akan dibentangkan oleh setiausaha agung, bukannya proses pemilihan (pencalonan dan pengundian),” ujarnya.

Tambahnya lagi, semua urusan senarai pemilih, pencalonan, pengawas, tempat mengundi, pengundian sehingga mengira undi dan rayuan adalah dibawah JPP maka dari aspek pemilihan dalam Kongres akan dibentangkan oleh Pengerusi JPP bukannya Setiausaha Agung.

“Harap Ekmal fahami dengan elok perkara ini dan difahamkan juga Ekmal anak muda yang rajin membaca tetapi jangan hanya membaca saja tetapi tidak cerdik,” tempelaknya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa semua calon bertanding perlu meletakkan jawatan.

“Jika yang dipertikaikan jawatan lantikan, tahu atau tidak Ekmal bahawa Dr. Xavier Jayakumar merupakan ahli biro politik lantikan dan bertanding selaku Naib Presiden dan kenapa Ekmal tidak mempertikaikannya?

“Adakah kerana ia dari pasukan Keadilan Raya yang mana Ekmal ketua propagandanya maka ia menjadi halal tidak meletak jawatan dan masih menghadiri mesyuarat Biro Politik dan memainkan peranan,” soalnya.

Menurutnya lagi, Keadilan Raya langsung tidak menafikan apa-apa yang berlaku.

“Menang ada beberapa ciri penambahbaikan dalam proses pemilihan tetapi masalahnya ialah Datuk Johari Abdul lemah dan masih bergantung dengan jentera yang terpalit penipuan Pemilihan 2010,” katanya.

Jelasnya, penipuan bukannya berlaku di cabang Batang Sadong sahaja tetapi turut berlaku di banyak kawasan lagi khususnya kawasan pendalaman yang tidak berlaku pertandingan.

“Semua ini disusun oleh watak yang sama iaitu pengurus penempatan pengawas dan tempat mengundi iaitu Sabarudin Yasin.

“Watak inilah juga yang berjaya menjadikan pemilihan 2010 begitu kontroversi,” jelasnya.

Tambahnya, di kawasan yang tidak diberikan tumpuan ini jumlah kehadiran rendah tetapi dengan penempatan pengawas yang boleh mengikut arahan maka kertas undi akan ditanda sendiri dan dimasukkan di dalam tong untuk menujukkan peningkatan pengundi.

“Sabarudin yang dikenali penyokong kuat Azmin inilah yang menyusun menghantar orang seperti Azrai yang mampu mengikut arahan ke kawasan seperti Batang Sadong untuk membuat operasi gelap mereka dan itu belum lagi menyebut bagaimana Lawas yang mengundi awal sehari dari notis,” jelas Badrul Hisham.

Tambah beliau lagi, pihaknya mempunyai data lengkap mengenai bagaimana modus operasi pasukan Keadilanraya menjalankan penipuan.

“Pegawai JPP memberikan taklimat memburukkan calon lawan Azmin dan banyak lagi cara penipuan, jika ada pengawas yang jujur akan diugut untuk digugurkan dari senarai pengawas,” katanya.

Ujarnya, dalam JPP pula semua aduan dan rayuan akan diproses oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kamarul Bahrain seorang penyokong kuat Azmin yang sebelum ini pernah menyerang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kamarul menyatakan menteri besar Selangor lemah tetapi tidak sedar Negeri Sembilan dibawah dia selaku Pengerusi MPN hancur pencapaian PRU kerana dia menukar calon yang berpotensi menang hanya kerana kemaruk sokongan untuk menjadi MB Negeri Sembilan.

“Selepas PRU dia gagal membuat mensyuarat MPN pun dan akhirnya meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum bayangkan orang seperti ini diberi tanggungjawab proses aduan dan rayuan.

Dalam pada masa yang sama, Badrul turut mempersoalkan adakah adakah PKR sudah kekurangan watak yang lebih berkredibiliti.

“Saya selaku anggota parti dengan ini mendesak agar JPP dirombak segera.

“ Watak seperti Kamarul dan Sabaruddin harus ditukar dan diganti dengan lebih bebas sebelum bermula proses pengundian Sabtu ini,” jelasnya.

Chegubard turut memohon agar Datuk Johari Abdul bangun dari ‘lena’.

“ Nama baik kamu sedang dipermainkan dan orang dalam JPP sedang bergembira melakukan perbagai tipuan dan manipulasi yang kamu tidak sedar maka akhirnya nanti nama baik kamu yang akan tercemar dan diingat dalam sejarah PKR setaraf dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang penipu.

“Saya dengan ini menyatakan dokongan terhadap inisiatif kumpulan anggota biasa PKR yang akan berhimpun pada 30 April 3.30 petang di depan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya dan saya mohon JPP bersedia menerima deligasi dan deklarasi dari himpunan tersebut selain Johari dan Tan Yee Kew sendiri hadir untuk menyambut,” katanya.

Chegubard turut menjelaskan bahawa tindakan menghukum pengawas pemilihan di Batang Sadong tidak akan menyelesaikan masalah.

“Penipuan berlaku di banyak tempat cuma yang tertangkap ketika melakukan kesalahan adalah di Batang Sadong dan penipuan ini berlaku semenjak 2010 lagi.

“Ingat, kita sering pertikaikan kenapa hanya membicarakan dan menghukum pembunuh Altantuya tetapi melepaskan siapa yang arah bunuh Altantuya, kita perlu menghukum siapa yang memberi arahan penipuan pemilihan yang mencemarkan parti,” jelasnya.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Gambar bogel tersebar, penyanyi cantik Indonesia hilangkan diri

Dunia maya dihebohkan dengan tersebarnya foto bogel mirip Yenny 3 Kucing.

Terdapat empat foto yang memperlihatkan wanita mirip Yenny Anggraeny berada di sebuah bilik dengan berbagai pose tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Salah satu fotoNYA, wanita yang mirip Yenny dilihat berbaring di sebuah katil sambil berposewink atau berkedip, sambil menghisap jari tangannya.

Foto lain memperlihatkan wanita tersebut berpose di dalam bilik mandi. Masih belum diketahui apakah foto ini asli Yenny, wanita lain atau hanya rekayasa.


*AMARAN: GAMBAR TIADA DI SINI. TIDAK ELOK UNTUK KESIHATAN MENTAL hahaha.

"Maaf, saya enggak bisa kasih konfirmasi, karena saya bukan orang yang kompeten. Sampai sekarang saya masihlost contact," kata Nelly, salah seorang pengurus 3 Kucing seperti yang dikutip dari Okezone, Jumat (25/4).

Nelly menambah Yenny turut menghilangkan diri selepas tersebarnya foto tersebut.

"Kalau tahu mungkin sudah tahu. Tapi sampai sekarang enggak tahu, karena malu atau gimana, tapi saya enggak tahu apa-apa," tambahnya.

Dunia hiburan Indonesia beberapa kali dihebohkan dengan foto-foto bogel pedangdut dimulai dari Camel Petir hingga Siti Badriah.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 29 April 2014

Najib boleh panggil PRU 14 sekarang .. mesti menang besar kerana ...

Masih kah PR kekal dengan 52 peratus undi popular sekarang ini?

Anwar berkata ‘Pakatan Rakyat is the rightful government to this country’ kerana mendapat 52 peratus dari undi dari rakyat negara ini dalam pilihanraya yang lalu. Kerjasama secara tidak formal ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu telah berjaya mengumpul sebanyak 52 peratus dari unti rakyat berbilang kaum dalam PRU yang lalu walaupun BN memenangi dalam jumlah kerusi yang di pertandingkan. Itu sistem kita selkama ini, dalam mana pihak yang mendapat jumlah kerusi yang terbanyak akan menjadi kerajaan.

Tetapi jumlah sokongan rakyat sejumlah 52 peratus itu mungkin tidak lagi menjadi kenyataan jika pilihanraa diadakan sekali lagi kerana tentunya sebaganyak besar dari penyokong PAS tidak lagi akan menyokong Pakatan Rakyat apabila isu hukum hudud tombul.
{baca lagi klik butang papar ... }



DAP menentang keras hukum hudud itu walaupun suatu ketika dahulu pimpinan utamanya telah berjanji untuk menghormati perjuangan bangsa dan agama lain dinegara ini.


Apa pun DAP ada hak untuk tidak bersetuju kerana Islam itu bukan agamanya kepada kebanyakan pemimpin dan ahli parti itu. Malahan parti itu telah meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat dan sekali gus dari segi moralnya Pakatan Rakyat hanya mempunyai dua parti sahaja dalam Pakatan pembangkang itu. Justru peratusan sokongan yang memihak kepada pembangkang sudah pastinya berkurangan dari 52 perastus yang digembar gemburkan itu.


Jadi pengakuan Anwar yang PR itu merupakan pihak yang secara politik dan moralnya adalah parti yang sepatutnya menjadi kerajaan itu sudah tidak relevan lagi. DFAP telah dengan jelasnya meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan parti itu berkata yang dalam politik tidak ada persaghabatan dan permusuhan yang berkekalan, maka DAP merasakan ini adalah masanya untuk mengambil tindakan berpisah dengan PAS kerana perbezaan yang sangat jelas dalam banyak hal perjuangan dan matlamat parti masing-masing.


Seandainya PAS benar-benar tidak lagi bersama dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak akan menghadapi masalah moral kerana sememangnya dari awal penubuhannya perjuangannya adalah untuk meningkatkan Islam yang hendak diaddinkan dalam pentadbiran kerajaan negara ini. malahan jika PAS benar-benar parti yang mempunyai moral dan maruah yang tinggi, parti itu sepatutnya menyahut cabaran DAP itu kerana ini merupakan keputusan yang menjadi penentu kepada masa depan parti itu samada parti yang boleh diyakini dan tidak berbohong dipandangan mata rakyat.


PAS boleh memberikan penjelasan yang baik dalam isu hudud ini jika parti itu benar-benar mahu melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Kelantan adalah salah sebuah negeri yang menganggotai Persekutuan ini dan Kelantan adalah sama seperti negeri lain yang memberikan sumbangan kepada kedaulatan negara. Kedaulatan negara datangnya dari penyertaan negari-negeri yang berdaulat dalam Persekutuan ini kerana negeri itu juga mempunyai lagislatifnya sendiri.


Tiada ada salahnya jika negeri itu mempunyai undang-undangnya sendiri yang berlainan dari undang-undang diperingkat persekutuan dan negeri-negeri yang lain. Amerika Syarikat juga adalah sebuah negara Persekutuan yang dianggotai oleh 52 negeri di dalamnya dan ada negeri-negeri dalam Amerika Syarikat yang mana sebahagian dari undang-undangnya berbeza dengan undang-undang dinegeri-negeri lain dalam AS itu.


Maka tidak ada kesalahannya jika di Malaysia ini Kelantan dibenarkan melaksanakan hukum hudud itu memandangkan negeri itu mempunyai 97 peratus dari rakyatnya adalah dikalangan orang Melayu yang beragama Islam.


Hanya yang perlu menjadi fokusnya sekarang ini, tentukan undang-undang hudud itu adalah hudud yang sebenarnya dan ini belum ternyata lagi berjaya atau gagalnya perlaksanaannya di Kelantan. Malahan sebagai seorang Islam saya ingin melihat undang-undang huud ini terlaksana di Kelantan yang akhirnya nanti dapat membezakan undang-undang mana yang lebih baik dari yang ada sekarang ini.


Alasan hudud ini menyalahi perlembagaan negara adalah alasan yang lembek. Negeri-negeri berdaulat itu ada undang-undang tubuh dan enakment syariahnya sendiri yang boleh dipinda untuk kehendak rakyat negeri itu. Yang penting kerajaan persekutuan memberikan sokongan yang secukupnya bagi negeri ini untuk melaksanakan undang-undang itu.


Kita bersetuju yang undang-undang hudud ini wajar dilaksanakan dengan begitu berhati-hati agar ia tidak menjejaskan negara, tetapi ia tidak semestinya menjadi alasan kenapa hudud itu tidak perlu dilaksanakan di Kelantan. Mungkin ia memerlukan penglibatan ramai sadaqiah Islam peringkat antarabangsa yang berwibawa untuk membantu bagi perlaksanaan cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum itu di negeri Kelantan yang 97 peratus dari rakyatnya yang beragama Islam itu.


Mungkin bukan mudah untuk memulakan perlaksanaannya tetapi tidak salah untuk diusahakan dan memulakan perlaksanaannya dalam keadaan berhati-hati dan cermat. Yang pentingnya dalam tidak beberapa lama selepas perlaksanaannya kita dapat membuktikan hukum dan undang-undang Islam itu mampu untuk menunjukan kewibawaannya dari hukum-hukum civil yang ada hari ini.


Jika ia gagal menunjukkan bukti itu maka yang gagal nanti ialah PAS, bukannya hukum Allah itu. Kegagalan adaklah sifat mustahil bagi Allah swt. Tiada apa yang gagal bagi Allah kerana nyawa dan nafas kita sendiri adalah dari Allah dan terbentangnya dunia dan alam ini adalah kenyataan kehebatan yang mustahil boleh dibandingkan dengan sesuatu.


Masakan hukum dan undang-undang agama yang diturunkannya itu adalah undang-undang yang gagal memberikan keadilan kepada umat sejagat.


Berbalik kepada isu sokongan 52 peratus kepada PR yang di sebut oleh Anwar itu, hakikat sebenarnya sekarang ini keadaan 52 peratus yang memihak kepada PR itu bukan lagi satu kenyataan dan ia telah menjadi sejarah bukan kerana sesiapa tetapi kerana PR itu sendiri.

Aspan Alias


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"