Khamis, 28 November 2013

Dipaksa layan nafsu serakah bapa sendiri

Walaupun mangsa telah dirogol dan menjadi nafsu serakah bapa sendiri, namun sikap terpuji suami mangsa harus diberi penghargaan. 13 tahun .. satu tempoh yang cukup panjang. Sama saja seperti kisah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa seksual di Britain.

Segamat: “Saya terpaksa bersabar selama 13 tahun semata-mata menunggu bapa insaf selain memohon maaf kepada saya demi menutup maruah keluarga,” kata suri rumah dikenali sebagai Lee, 25, semalam.

Lee yang berasal dari Buloh Kasap di sini, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat semalam mendakwa dirogol bapanya beberapa kali sejak dia berusia 12 tahun.



{baca lagi klik butang papar ... }



Kata Lee, kejadian pertama berlaku ketika keluarganya menetap di sebuah taman perumahan di Tanjung Gemok, Endau, Mersing pada pertengahan 2000 lalu.

“Saya dirogol oleh bapa pada jam 9 malam ketika ketiadaan anggota keluarga di rumah.

“Sejak itu, bapa yang juga seorang peniaga mengulangi perbuatan sama sehingga saya berusia 21 tahun,” katanya.

Menurut Lee, akibat perbuatan bapanya itu, dia mengalami tekanan jiwa kerana setiap kali lelaki terbabit merogolnya, dia dipaksa membayangkan melakukan hubungan kelamin dengan teman lelaki.

Lee berkata, dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana diugut bapa selain mahu menjaga maruah keluarga.

“Dua tahun lalu, saya bertemu jodoh dengan suami.

Kami kemudian berpindah ke Buloh Kasap.

“Saya menceritakan semua kejadian silam itu kepada suami, namun dia tidak menyalahkan saya sebaliknya memberi kata-kata semangat serta perangsang untuk saya melalui fasa kehidupan baru,” katanya.

Menurut Lee, dia kemudiannya nekad menceritakan kejadian kepada ibunya yang berusia 50-an, namun wanita berkenaan tidak mempercayainya.

Pada masa sama, barangan peribadinya seperti radio serta perabot juga sudah diletak di luar rumah oleh keluarganya.

“Barangan peribadi berkenaan saya tinggal di rumah keluarga dan ketika mahu mengambilnya baru-baru ini, saya serta suami dapati ia sudah diletak di luar kediaman berkenaan.

“Pada masa sama, bapa juga cuba melanggar saya sebanyak tiga kali selepas saya menemuinya dan mahu dia memohon maaf di atas perbuatan kejamnya itu,” katanya.

Menurut Lee, dia juga pernah menelan pil tidur dalam kuantiti besar kerana tertekan dengan perkara terbabit.

Lee juga pernah mengelar tangan kirinya dengan pisau namun sempat diselamatkan suaminya.

“Kesabaran saya sudah hilang dan kerana itu saya melaporkan kejadian yang menimpa saya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

“Kami menghubungi rakan sejawat di Endau bagi mendapatkan kerjasama mereka menyiasat kes ini,” katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: