Rabu, 27 November 2013

Apabila si mengong kata tarif elektrik perlu dinaikkan .. lihatlah !

SAMA seperti barangan harian lain, tenaga elektrik juga tidak dapat lari daripada kenaikan kos bahan api.

Hakikat itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MyPower Corporation Datuk Abdul Razak Abdul Majid yang mengesahkan penilaian semula tarif elektrik di negara ini dijangka dibuat tahun depan selepas kali terakhir tarif itu dinaikkan pada 2011.

Beliau berkata, pengubahsuaian tarif itu akan dilakukan kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban subsidi semakin meningkat akibat kenaikan kos bahan api seperti gas yang digunakan untuk menjana elektrik.



{baca lagi klik butang papar ... }






Menurutnya, MyPower Corporation, unit khas ditubuhkan kerajaan bagi memperbaharui industri pembekalan tenaga elektrik telah membentangkan kajian tarif elektrik yang kini sedang menunggu kelulusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kenaikan yang dijangka dikenakan kepada pengguna jika kerajaan meluluskan penilaian semula tarif itu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid minggu lalu turut mengesahkan kajian tarif elektrik baharu dijangka disiapkan tahun depan.
Menurut Mahdzir, antara isu yang sedang ditimbangkan ialah kos sumber tenaga dan impak tarif baharu itu kepada pengguna.

“Laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kabinet untuk pertimbangan. Hanya selepas itu kita akan tahu jika tarif itu ditingkatkan atau sebaliknya,” tambah beliau seperti dilaporkan Bernama.


Negara perlukan IPP untuk bekalkan elektrik

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Malaysia kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga elektrik 20,000MW setiap hari dan permintaan pengguna industri, komersial dan pemilik rumah adalah 16,500MW setiap hari.

Menurutnya, permintaan itu dijangka mencecah 20,699 MW pada 2020.

“Kedua-dua pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) perlu penuhi kapasiti ini, kalau harapkan salah satu pihak sahaja memang tidak mencukupi,” katanya semasa ditemui dalam taklimat media, baru-baru ini.

Katanya, 50 peratus tenaga elektrik di Malaysia kini dibekalkan TNB dan 50 peratus lagi dibekalkan IPP.

Abdul Razak turut menyangkal dakwaan bahawa IPP mendapat keuntungan daripada subsidi bahan api oleh kerajaan, iaitu isu yang sering dimainkan di media sosial.

“Sebenarnya subsidi kerajaan itu adalah bagi gas milik Petronas yang dijual pada harga lebih rendah kepada TNB dan IPP berbanding harga pasaran dunia.

“IPP tidak dapat apa-apa keuntungan daripada subsidi bahan api itu kerana ianya terus disalurkan kepada pengguna melalui harga tarif elektrik yang rendah,” katanya.


Bil elektrik bawah RM70 tiada GST

Ditanya mengenai caj cukai barangandan perkhidmatan (GST) kepada bil elektrik pengguna, beliau berkata isi rumah dengan penggunaan elektrik di bawah RM70 setiap bulan tidak dikenakan GST.

Kerajaan dalam pengumuman Bajet 2014 bulan lalu menetapkan GST pada kadar enam peratus bermula 1 April 2015.

Menyedari peningkatan kos hidup rakyat negara ini, Abdul Razak berkata, antara cara menghadapi kenaikan tarif elektrik adalah penggunaan tenaga itu secara cermat.
“Kalau kita nak guna elektrik, kita perlu guna dengan bertanggungjawab.

"Kerajaan juga ada tanggungjawab. Jika harga bahan api turun (ikut pasaran dunia), subsidi bahan api turut berkurangan jadi lebihan subsidi ini boleh disalurkan kepada rakyat memerlukan dalam bentuk lain,” katanya.



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

mohd.azrul berkata...

Suruh.berjimat.cermat.tapi.pemimpin.negara.boros.