Sabtu, 30 November 2013

Kenyataan terkini Ust Kazim Elias Selepas Dilantik Ahli MT Umno

. Ustaz Kazim Elias antara sembilan orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini.

Ia diumumkan oleh SU Agung Umno, Tengku Adnan semalam. Perlantikan kerana `budi` selalu mempertahankan Umno sebelum ini.
Kenyataan terkini beliau setelah dilantik ke jawatan tersebut.

{baca lagi klik butang papar ... }




“Subhanallah.. Saya pun terkejut saya dilantik, belum apa2 dah kena maki..
Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ni sentiasa berlapang dada,jgnlah tuduh tanpa melihat secara halus..Apa yg kita sangka ttg orang lain kadang2 itulah dlm jiwa kita.Berhati2 la dlm berbicara. Apa tuan2 ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat?Apa salahnya doakan yg terbaik, bila takde org agama dikata teruk bila org agama dijemput pun dikata teruk, sy tak faham.Kalau tak tau apa2 alangkah baik kalau diam. Esok saya akan adakan sidang akhbar khas di PPR Setapak, dgr penjelasan saya..Dlm hal ini sepatutnya bg pandangan atau nasihat bukan maki hamun
fitnah n cacian..Bab bersara dr ceramah, berkali2 sy cakap bila masa saya nak berhenti berdakwah, dakwah sgt luas cuma saya kata sy nak tumpu pd sekolah dan berdakwah dgn media spt tv radio dll. Salah ke sy nak berdakwah di sekolah?Bc la sampai habis apa sy ckp dlm cd, ceramah dn fb saya..Terlalu banyak yg jemput ceramah malah ada yg booking bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya.

Bab lantikan MT UMNO ni baru sgt sy dijemput, diminta bantu apa yg patut utk Islam..tu pun jadi masalah., jd isu?Saya ada prinsip saya, tak pernah dgr ceramah saya tp nak komen lebih2,,Esok saya akan dapatkan apa bentuk lantikan yg diberi pd saya n saya jugak kena jaga byk perkara dr keluarga, sekolah, kuliah2 saya, anak murid saya, pengikut kuliah sy dll. Bagi anda yg betul ikhlas dlm memperjuangkan Islam boleh dengar apa saya cakap selepas saya berbincang spt yg saya sebutkan tadi.. 30hb jam 9mlm di PPR Setapak.Semoga Allah merahmati kita semua,terima kasih atas kata2 yg sgt manis dlm komen anda sebelum ini.Jgn lah menilai hati org,kita tak tahu apa dlm hati org, Allah yg menilai bukan kita. Wassalam.” – FB Ustaz Kazim Elias
Kita lihatlah peranannya nanti nak membetulkan Umno dan kita harap beliau taklah ‘hanyut’ diulit Umno selepas ini. Juga janganlah mula tergagap-gagap nak bertegas terhadap sesuatu isu yang melibatkan Umno nanti! ~ Sumber Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

sumber sini




# sila like "kami undi pakatan rakyat"







Suami malang .. sudahlah ditimpa sakit .. isteri pula cabut lari!!

ZALIM! SUAMI JATUH SAKIT, ISTERI MINTA CERAI !
Semah dan Mohamed Noor menjaga dan menguruskan segala keperluan Abd Manas yang terlantar di rumah mereka di Kampung Tualang Rendah, Selising.
PASIR PUTEH - Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah ungkapan yang menggambarkan nasib malang menimpa seorang pemuda yang terlantar sakit sejak enam bulan lalu, sebelum isterinya menuntut cerai tanpa alasan munasabah.

Abd Manas Mohamed Noor, 31, yang diserang penyakit jantung dan lumpuh kini bergantung harap kepada kedua orang tuanya yang dihimpit kemiskinan.


{baca lagi klik butang papar ... }






Akibat penyakit itu, dia pernah koma selama hampir sebulan kini mengalami kekejangan otot, selain tidak sedarkan diri untuk tempoh tertentu.

Lebih menyayat hati, apabila dalam keadaan begitu, isterinya yang berusia 40 tahun dikatakan tidak sanggup berkongsi derita lalu mengambil keputusan pulang ke negeri asal, Pulau Pinang bersama anak tunggal berusia lima tahun selepas menuntut cerai daripadanya.

Abd Manas dari Kampung Tualang Rendah dekat sini, pernah bekerja sebagai pemandu lori di kedai alat pembinaan tetapi terpaksa berhenti kerana penyakit yang ditanggungnya.
Dia dimasukkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ), Kota Bharu pada 16 Mei lalu, dalam keadaan koma untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selama 28 hari, tidak menampakkan tanda dia akan sembuh dan akhirnya pada 14 Jun lalu, Abd Manas `diminta’ pulang ke rumah oleh pihak hospital dalam keadaan tengkuknya masih berlubang dibaluti tiup plastik.

Kini dia terlantar di rumah dengan hanya sekali sekala dikunjungi kakitangan perubatan untuk memberi rawatan susulan.

Ibunya, Semah Awang Deraman, 55, berkata, dia bersama suami, Mohamed Noor Ibrahim, 62, dan anak-anak lain terpaksa menjaganya walaupun mereka dihimpit kemiskinan.

Menurut Semah, tiada apa yang mampu dilakukan keluarganya sekarang bagi mengubati penyakit yang dialami Abd Manas, selain memberikan kasih sayang.

“Makcik dah tak tahu nak buat macam mana, hanya kasih sayang yang dapat makcik berikan, dia sepatutnya dijaga isteri tapi apa nak buat, nasib malang terus menimpanya.
“Kami pernah berikhtiar dengan mendapatkan khidmat pakar perubatan tradisional, selain tidak putus berdoa tapi ia juga belum menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh," katanya.

Katanya, walaupun Abd Manas menerima bantuan orang kelainan upaya RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia hanya meringankan sedikit bebanan ditanggung.

Semah berkata, selain perbelanjaan keluarga, mereka terpaksa menyediakan keperluan Abd Manas seperti bekalan susu, ubat-ubatan serta lampin pakai buang dan jika terdesak, mereka terpaksa meminjam duit jiran.

sumber: sinarHarian

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selepas 23 tahun, baru PM UMNO nak jumpa MB Kelantan .. luar biasa kan .. ada apa-apa ker?

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu yang luar biasa.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ketika beliau menerajui pentadbiran negeri selama 22 tahu sebelum ini, pertemuan rasmi sebegitu tidak pernah berlaku.



{baca lagi klik butang papar ... }





“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.

“Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan,” katanya semasa kuliah Mingguan di Dataran Ilmu semalam yang dipetik Sinar Harian Online.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Kembang dan koyak kain Rosmah Mansor bila diampu tahap babas oleh Ali Tinju



Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mesti berhenti "mengacau isteri perdana menteri" dan mempersoalkan perjalanan beliau menggunakan jet kerajaan, kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Ali Baharom.

Mohd Ali berkata sebaliknya kita harus berbangga kerana Rosmah pergi keluar negara sebagai "seorang wanita yang profesional", dan bukan mencari masalah di sana, lapor KiniTV.



{baca lagi klik butang papar ... }






"Datuk Seri Rosmah pergi luar negara bukan cari jantan, bukan cari masalah sosial di sana. "Beliau pergi keluar negara sebagai seorang wanita yang profesional, berhujah di hadapan media, dunia, ini satu kebanggaan. "Kita susah nak cari wanita Malaysia yg berani macam Datin Seri Rosmah yang sering kali dapat jemputan khas untuk berucap di program yang diadakan di dunia," kata Mohd Ali dalam satu sidang akhbar semalam.
Mohd Ali yang menarik perhatian umum selepas mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga, juga menuntut Azmin memohon maaf kepada Rosmah.

"Janganlah kamu sebagai YB kacau isteri perdana menteri? jangan kamu kacau isteri orang," kata Mohd Ali yang lebih popular dengan panggilan Ali Tinju.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Bekas suami nafi rogol Nor Fazira, dakwa ada hubungan sulit

KULIM – Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.

“Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.

Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.


{baca lagi klik butang papar ... }






“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).

“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” kata Mohd Fahmi.

Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.

Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.

“Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.

“Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.

“Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya.

Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.

Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.

Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.

“Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi. - mStar Online
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Nyaris setubuh adik perempuan sendiri dek kesilapan bapa

Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing iaitu mereka rupa-rupanya adik beradik.

Kisah bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China.

Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Punca mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.



{baca lagi klik butang papar ... }






Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta.

Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.

Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Hal ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.

Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.

Dr Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan. Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan. –mynewshub

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Jumaat, 29 November 2013

Jangan Terlalu Lama Pakai Bra, Ini Alasannya

Penyelidikan mendedahkan bahawa memakai bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu di sekitar payudara yang boleh mencetuskan timbulnya kanser payudara .
Adalah saintis dari Sydney-Australia, bernama Soma Grismaijer yang melakukan penelitian mengenai berapa lama waktu yang sihat mengenakan bra bagi wanita.

Grismaijer mengatakan bahawa masa yang sesuai untuk mengenakan bra adalah kurang dari 12 jam. Ia menyarankan kepada wanita di seluruh dunia, jika ingin
mengelakkan risiko kanser payudara sebaiknya tidak terlalu sering mengenakan bra. Berapa lama? iaitu kurang dari 12 jam sehari.

Kesimpulan ini didapati setelah Grismaijer meneliti kebiasaan memakai bra 4,500 wanita di lima bandar besar Amerika Syarikat. Hasil kajian yang dilakukan
Grismaijer menunjukkan bahawa wanita yang memakai bra selama 24 jam sehari lebih berisiko diserang kanser payudara berbanding wanita yang jarang memakai
bra.


{baca lagi klik butang papar ... }






Dalam kajian tersebut, Grismaijer juga mendapatkan sebuah statistik singkat tentang berapa lama wanita memakai bra dalam sehari, iaitu:

3 dari 4 wanita memakai bra 24 jam per hari
1 dari 7 wanita memakai bra lebih dari 12 jam per hari , tetapi tidak menggunakannya ketika tidur
1 dari 152 wanita memakai bra kurang dari 12 jam per hari
1 dari 168 wanita jarang atau bahkan yang tidak pernah memakai bra sama sekali

Lebih jauh, dari hasil statistik tersebut didapatkan kesimpulan bahawa wanita yang memakai bra selama 24 jam berisiko 125 kali lebih besar terkenan kanser
payudara berbanding mereka yang jarang memakai bra.

Hasil kajian Grismaijer ini telah dimuatkan dalam sebuah buku berjudul, Dressed To Kill: The Link Between
Breast Cancer and Bras. "

Tidur adalah saat yang tepat untuk merehatkan payudara. Sebaiknya jangan tidur dengan bra," ungkap Grismaijer seperti dilapor
laman duniafitnes.

Selain tidur tanpa bra, rajin menyusui sang buah hati juga boleh menurunkan risiko kanser payudara. Ini berlaku kerana sistem limfatik pada payudara hanya
berkembang optimum selama masa kehamilan dan menyusui. Itulah sebabnya wanita yang terlalu lama memakai bra dan menunda untuk punya anak berisiko lebih
tinggi terkena kanser payudara.

Secara global, lebih dari 70 peratus wanita yang terkena kanser payudara pada dasarnya tidak mempunyai risiko kanser payudara. Namun penyelidik menduga
bahawa kebiasaan memakai bra dengan saiz yang tidak sesuai dan dalam waktu lama boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
Bra yang terlalu sempit boleh meningkatkan suhu dan menghalang aliran getah bening di kawasan payudara.

Seperti kita tahu bahawa getah bening berfungsi
untuk membersihkan sisa dan racun penyebab kanser serta menjauhkannya dari payudara.
-republika.co.id-

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




dua ‘Trojan Horse’ yang bakal hancurkan PKR

Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan
ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha
Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



{baca lagi klik butang papar ... }





Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said.
Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih
20 juta sebelum menyertai PKR.

Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah.
Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan.
Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun
PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu.
Kemenangan Jelani adalah kemenangan Umno di Matunggong!
Begitulah tanggapan umum di Kota Marudu. Semasa berkempen, Jelani dikatakan secara sulit memberitahu
ahli-ahli Umno bahawa kerusi Matunggong akan dihadiahkan kepada Umno jika dia menang.

Rata-rata di Sabah berpendapat, kehancuran PKR Sabah berpunca daripada dua trojan horse yang ditaja Umno. Sejak dari awal telah diramal mereka akan mempengaruhi
pemimpin-pemimpin PKR untuk meninggalkan parti itu. Terbukti ia telah mula berjaya bila Jelani membawa 11 orang ketua cabang keluar untuk memberi sokongan
kepada BN.

Persoalan mereka, kenapa Musli masih belum mendedahkan diri? Apakah beliau masih memainkan peranannya?
-freemalaysiatoday-

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Bilangan status 'ibu muda' di Malaysia membimbangkan

Jumlah ibu muda yang semakin meningkat di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.

Tahun lepas sahaja, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 peratus daripadanya oleh remaja yang berkahwin dan selebihnya akibat perbuatan sumbang.


{baca lagi klik butang papar ... }





Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia Michelle Gyles-McDonnough berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai wanita kehilangan peluang untuk mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara.

"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai isu, daripada menamatkan serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 "Menjadi Ibu Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja" di sini Khamis.

Beliau berkata oleh itu, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan seks ketika usia muda.

Gyles-McDonnough berkata pendidikan seperti itu terbukti dapat membimbing kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.

Katanya menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.

Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan masing-masing.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.

"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan remaja. - BERNAMA

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Apabila Tok Guru Nik Aziz kunjungi lelaki berusia 160 tahun

TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun
usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga
sekarang.


{baca lagi klik butang papar ... }






Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai
tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya
di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya
tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang
lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian,
Bukit Panau.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rumah sewa mahal la bang .. tulah sebab kami tinggal serumah (khalwat)

Rumah sewa mahal, tiada tempat tinggal dan baru tiba dari kampung. Itu antara alasan yang sering digunakan pasangan yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berkhalwat.

Majoriti yang ditahan terdiri daripada pasangan berusia 20-an hingga 30-an dan tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dengan memberi alasan kos sara hidup yang tinggi.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, melihat kesalahan jenayah syariah itu antara yang tertinggi di negeri ini, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku.



{baca lagi klik butang papar ... }






Beliau berkata, JAIS kini mempunyai 200 anggota penguat kuasa yang ditempatkan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memantau perlakuan sumbang ini selain memantau jenayah syariah lain.

“Walaupun khalwat antara kes jenayah syariah yang tertinggi dicatatkan di negeri ini, namun ia masih lagi terkawal.

“Kerjasama erat semua pihak diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan jenayah syariah, sekali gus dapat mengawal masalah ini daripada terus merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat,” katanya selepas merasmikan Seminar Isu Perundangan Jenayah Syariah 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi berterusan membanteras pusat maksiat seperti rumah urut dan hotel bajet yang dijalankan agensi penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen banyak membantu mengurangkan kadar jenayah syariah di negeri ini.

Selain itu, katanya, kesedaran anggota masyarakat juga semakin meningkat dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah syariah yang berlaku di kawasan masing-masing.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 28 November 2013

Jom bantah kenaikan gaji MB dan ADUN Selangor

Apakah reaksi anda mengenai isu kenaikan gaji ADUN dan MB Selangor?
-- 


Apa jua alas an, kenaikan gaji MB dan ADUN Selangor penburukonlline bantah seratus peratus.

Kalau diteruskan sama saja dengan UMNO..! Buat apa nak tiru ..? Nak senang perut ..?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji yang
diumumkan pada Rabu.


{baca lagi klik butang papar ... }






Katanya, keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan mencadangkan agar kajian semula mengenai
perkara tersebut perlu dilakukan agar kenaikannya lebih munasabah.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," katanya yang juga
Ahli Parlimen Gombak pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker
DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor,
speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29
kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan ADUN (RM6,000 kepada RM11,250).

Khalid, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75
peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.
Isu kenaikan gaji ADUN Selangor ini turut mendapat perhatian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan ia terlalu
tinggi.

Kenaikan gaji ADUN Selangor juga turut dibantah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan ia boleh tersenarai
dalam rekod dunia. ~astroawani

Jom bantah apa pula kata anda ..?

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ibrahim Ali perlekeh OKU ke?

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Begitu sindir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (kiri) berhubung kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri besar, exco, speaker dan timbalan exco Selangor mulai tahun depan.



{baca lagi klik butang papar ... }






Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

"Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang," katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu.

"Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi."

DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

'Hebat & luar biasa'

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Dalam kenyataannya melalui SMS hari ini, Ibrahim menyindir, kenaikan "hebat dan luar biasa" itu boleh dimasukkan dalam buku 'rekod perniagaan antarabangsa'.

"Inilah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat. Apakah ini salah satu janji dalam Buku Jingga? Saya semak, tak ada pun," katanya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Dipaksa layan nafsu serakah bapa sendiri

Walaupun mangsa telah dirogol dan menjadi nafsu serakah bapa sendiri, namun sikap terpuji suami mangsa harus diberi penghargaan. 13 tahun .. satu tempoh yang cukup panjang. Sama saja seperti kisah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa seksual di Britain.

Segamat: “Saya terpaksa bersabar selama 13 tahun semata-mata menunggu bapa insaf selain memohon maaf kepada saya demi menutup maruah keluarga,” kata suri rumah dikenali sebagai Lee, 25, semalam.

Lee yang berasal dari Buloh Kasap di sini, membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat semalam mendakwa dirogol bapanya beberapa kali sejak dia berusia 12 tahun.



{baca lagi klik butang papar ... }



Kata Lee, kejadian pertama berlaku ketika keluarganya menetap di sebuah taman perumahan di Tanjung Gemok, Endau, Mersing pada pertengahan 2000 lalu.

“Saya dirogol oleh bapa pada jam 9 malam ketika ketiadaan anggota keluarga di rumah.

“Sejak itu, bapa yang juga seorang peniaga mengulangi perbuatan sama sehingga saya berusia 21 tahun,” katanya.

Menurut Lee, akibat perbuatan bapanya itu, dia mengalami tekanan jiwa kerana setiap kali lelaki terbabit merogolnya, dia dipaksa membayangkan melakukan hubungan kelamin dengan teman lelaki.

Lee berkata, dia terpaksa merahsiakan perkara itu kerana diugut bapa selain mahu menjaga maruah keluarga.

“Dua tahun lalu, saya bertemu jodoh dengan suami.

Kami kemudian berpindah ke Buloh Kasap.

“Saya menceritakan semua kejadian silam itu kepada suami, namun dia tidak menyalahkan saya sebaliknya memberi kata-kata semangat serta perangsang untuk saya melalui fasa kehidupan baru,” katanya.

Menurut Lee, dia kemudiannya nekad menceritakan kejadian kepada ibunya yang berusia 50-an, namun wanita berkenaan tidak mempercayainya.

Pada masa sama, barangan peribadinya seperti radio serta perabot juga sudah diletak di luar rumah oleh keluarganya.

“Barangan peribadi berkenaan saya tinggal di rumah keluarga dan ketika mahu mengambilnya baru-baru ini, saya serta suami dapati ia sudah diletak di luar kediaman berkenaan.

“Pada masa sama, bapa juga cuba melanggar saya sebanyak tiga kali selepas saya menemuinya dan mahu dia memohon maaf di atas perbuatan kejamnya itu,” katanya.

Menurut Lee, dia juga pernah menelan pil tidur dalam kuantiti besar kerana tertekan dengan perkara terbabit.

Lee juga pernah mengelar tangan kirinya dengan pisau namun sempat diselamatkan suaminya.

“Kesabaran saya sudah hilang dan kerana itu saya melaporkan kejadian yang menimpa saya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.

“Kami menghubungi rakan sejawat di Endau bagi mendapatkan kerjasama mereka menyiasat kes ini,” katanya.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Hasan Ali dapat durian runtuh RM320 ribu ..

"Mahkamah perintahkan supaya YB Khalid Samad membayar RM200,000 untuk ganti rugi am, RM100,000 untuk ganti rugi teruk dan kos sebanyak RM20,000 kepada
Datuk Hasan," katanya.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membayar gantirugi dan kos berjumlah RM320,000 kepada
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali (gambar).

Peguam Hasan, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi menjelaskan, jumlah tersebut diputuskan setelah pihaknya tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut
sebelum ini.



{baca lagi klik butang papar ... }





"Mahkamah perintahkan supaya YB Khalid Samad membayar RM200,000 untuk ganti rugi am, RM100,000 untuk ganti rugi teruk dan kos sebanyak RM20,000 kepada
Datuk Hasan," katanya.

Sebelum ini pada 31 Oktober lalu, mahkamah yang sama memutuskan Hasan menang kes saman fitnahnya terhadap Khalid yang difailkan 12 April tahun lepas.

Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja
kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat
dan pemimpin parasit.
000003/6173cb11-a1d8-4643-a518-809c3c889a29
Desperado
at
11/27/2013
Kongsi
+1 frame
+1
0
+1 frame end

Tiada ulasan:
Catat Ulasan

comment-iframe

Links to this post

Buat Pautan



Laman utama
Papar versi web
empty complementary information
empty complementary information
Dikuasakan oleh
Blogger
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Bimbang dituduh 'pengkhianat' .. DBKL tangguh cukai baru

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan mengumumkan penangguhan kenaikan cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memberi laluan kepada bantahan orang ramai didengari dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan.

"Kita tangguh usul (menaikkan cukai), dengan (mengambil kira) bantahan dari Januari hingga Mac.

"Tarikh pelaksanaan (kenaikan) belum ditetapkan," katanya di Dewan Rakyat petang tadi.


{baca lagi klik butang papar ... }






Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kenaikan cukai tersebut yang sebahagiannya mencecah sehingga 300 peratus pada asalnya bakal dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun depan.

Namun, anggota Parlimen pembangkang Kuala Lumpur membantah langkah tersebut yang dakwa mereka dilakukan tanpa notis mencukupi dan berlaku secara mendadak.

DBKL dalam penjelasan mereka menerusi menteri wilayah persekutuan berkata kenaikan itu wajar memandangkan tiada sebarang kenaikan cukai taksiran dilakukan sepanjang 21 tahun yang lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sehingga Khamis lepas, DBKL menerima sebanyak 2,500 bantahan yang akan diteliti oleh panel yang dilantik DBKL.

Terdahulu, isu kenaikan cukai pintu bagi Kuala Lumpur mendominasi sesi perbahasan peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan apabila majoriti wakil rakyat dari Wilayah Persekutuan membantah kadar baru itu, yang disifatkan mereka sebagai keterlaluan dan bakal menyusahkan penduduk warga kota.

Mengenai dakwaan bahawa kadar baharu itu seolah-olah cuba menindas rakyat kerana hanya di semak selepas 21 tahun, Loga Bala berkata jika dilaksana, cadangan itu sebenarnya turut mengambil kira keperluan khusus seperti membina parkir, bukannya untuk menindas penghuni kota.

Beliau juga menarik perhatian bahawa cadangan kenaikan taksiran DBKL sebenarnya tidak melibatkan kadar cukai taksiran pintu pada peratusannya, sebaliknya yang diambil kira ialah nilai taksiran sewa tahunan yang tidak disemak sejak 21 tahun lepas.

"Oleh itu, saya harap pihak Yang Berhormat faham bahawa maksud kenaikan adalah bukan dari segi kadar taksiran tetapi pada nilai sewa tahunan," katanya.

Sementara itu dalam pertemuan tertutup dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib di Menara DBKL hari ini, semua Ketua Bahagian Umno Wilayah Persekutuan memohon DBKL mempertimbangkan kadar kenaikan yang tidak membebankan warga kota terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani berkata beliau memohon supaya kenaikan itu tidak dilakukan secara drastik, sebaliknya dibuat dalam kadar kecil iaitu antara lima atau 10 peratus supaya jumlah baru tidak membebankan golongan sasar.

"Kadar 10 peratus amat memadai kerana jika mengambil contoh seorang pemilik rumah membayar RM200 pada tahun lalu, tahun ini mungkin mereka hanya perlu bayar antara RM220 atau RM230.

"Jika jumlah itu dibahagikan dengan 12 bulan, ia kira-kira RM2 sebulan. Tetapi jika tahun lepas bayar RM200 dan tahun hadapan RM600, kenaikan itu memang sangat dirasai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan itu.

Johari juga mencadangkan sistem 'dua-hala' dipraktiskan selepas kenaikan itu dikuat kuasa iaitu DBKL akan memastikan semua kerja penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik, selari dengan wang yang dibayar rakyat.

"DBKL mungkin boleh menghantar brosur untuk memaklumkan kerja yang dilakukan seperti membaiki jalan berlubang, lampu jalan diperbaiki, longkang tersumbat yang dibetulkan dan sebagainya supaya rakyat nampak bagaimana wang cukai dibelanjakan," katanya.

Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula mencadangkan supaya rebat diberikan kepada pemilik rumah kos rendah yang tidak menyewakan rumah itu, sebagai 'reward' kerana tidak membiarkan rumah itu didiami orang lain.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata adalah tidak wajar untuk DBKL menaikkan kadar cukai secara mendadak selepas kadar itu kekal selama 21 tahun memandangkan 'sebahagian kesilapan itu datang daripada DBKL'.

"DBKL bertanggungjawab untuk mengatur cara dan tempoh kenaikkan cukai. Mereka tidak boleh menaikkan secara mendadak kerana tidak semua warga kota terdiri daripada golongan senang," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut hadir pada perjumpaan itu memberi jaminan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.





sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Edisi laknat: Mahkamah keluar waran tangkap kepada papagomo

Nampaknya setelah beberapa siri yang tidak memihak kepada blogger raja fitnah papgomo kebelakangan ini, satu lagi bala menimpa kaki fitnah ini apabila mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap atas isu rumahtangganya.

Doa dan sumpah orang ramai nampaknya memakan diri blogger yang melaungkan slogan demi bangsa, agama dan Negara. Dengan izin Allah satu demi satu malapetaka ditunukkan kepada si blogger tersebut .. masa fitnah orang tak ingat balasan tuhan .. kita doa agar papagomo insaf dan segera bertaubat!!


{baca lagi klik butang papar ... }






SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau
nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya,
Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah
hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka, Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan Wan
Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.

:-Berita Harian


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Rabu, 27 November 2013

RM256 juta projek kem terbengkalai .. Najib tak nak gelar ini pengkhianat negara ..?

penburukonline.blogspot.com

Sapa tak bayar cukai (GST) dikira sebagai pengkhianat .. kargh tuih ... kalau tak bayar seringgit dua dikira pengkhianat Negara ...




Kalau bazirkan duit rakyat cecah ratusan juta tu kira natang apa pulak .. memang sah celaka tahapmaksimum. Mulut longkang ni suruh orang tanggung segala ketirisan dan borosnya pemimpin UMNO. Rakyat yang kena ..



{baca lagi klik butang papar ... }








penburukonline.blogspot.com

Anggota parlimen pembangkang hari ini membangkitkan semula isu kontrak pembinaan kompleks kem tentera RM256 juta di Skudai, Johor yang terbengkalai selepas
16 tahun kontrak dimeterai.


Membangkitkan penemuan laporan audit negara sebelum ini, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membangkitkan perkara itu kerana bimbang masalah berkaitan
menyebabkan kem itu terpaksa dipindahkan.

"Saya tak tahu apa akan jadi sekarang jika pemilik baru tanah itu minta kem-kem itu untuk keluar dari tanah itu.

"Mereka bukan ada kem baru pun," katanya pada sidang media di perkarangan Parlimen hari ini.

Menghuraikan masalah itu, bekas naib presiden PAS itu berkata, tanah yang diberikan sebagai imbuhan kepada konsortium pemaju itu digadaikan kepada sebuah
syarikat kewangan.

Kem yang sepatutnya dikenali sebagai kompleks briged ketujuh, sepatutnya menjadi penempatan baru untuk anggota tentera dari Tebrau, Majidee dan kem Kluang.

Menurut Mahfuz, Kementerian Pertahanan pada tahun 1997 memeterai kontrak dengan konsortium itu dan menganugerahkan tanah yang menjadi tapak kem Majidee
dan Tebrau sebagai ganti kepada pembinaan kompleks baru itu.

Namun, dakwanya, konsortium itu yang menghadapi masalah kewangan memajakkan tanah tersebut untuk mendapat pinjaman berjumlah RM465 juta yang akhirnya tidak
juga digunakan untuk menyiapkan kompleks itu.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Baru ada akai .. Peguam Negara disaman RM47 juta

KUALA LUMPUR: Seorang peguam telah memfailkan saman berjumlah lebih RM47 juta terhadap Peguam Negara, bekas Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Malaysia dan tujuh lagi atas dakwaan mendakwanya secara salah.


Rosli Dahlan, memfailkan saman itu Jumaat lepas di Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Kumar Partnership.


{baca lagi klik butang papar ... }






Media memperoleh writ samannya hari ini.


Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, SPRM, Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, tiga Timbalan Pendakwa Raya, seorang pegawai penyiasat SPRM, dan seorang pegawai polis sebagai defendan.

Rosli mendakwa defendan-defendan dengan niat jahat menangkapnya dan mendakwanya di mahkamah berhubung kes di bawah SPRM.


Peguam itu berkata bagaimanapun beliau telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Dis 2010.

Beliau mendakwa tindakan defendan-defendan telah menyebabkannya dan keluarganya mengalami trauma, penghinaan, cemuhan, ejekan, kesakitan dan penderitaan.

Rosli menuntut ganti rugi punitif, teruk dan teladan berjumlah RM47 juta dan ganti rugi khas berjumlah RM750,000, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. - Bernama
indah.com at 10:47 AM
Share No comments:


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Susulan pelajar UM berbogel di facebook

Gara-gara ingin memutuskan cinta dengan teman lelakinya, seorang penuntut universiti kini menanggung akibat perbuatan bekas teman lelakinya telah memalukan dirinya di internet dengan memuatnaik gambar mereka berdua dalam keadaan berpelukan ke laman sosial Facebook.

Semalam gambar itu sudah menjadi antara tajuk utama laman blog mengutuk serta mengecam penuntut berkenaan kerana dikatakan sebagai orang yang memuatnaik semua gambar berkenaan.

Dia sudah membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambar berkenaan. Di sebuah laman blog, dua laporan polis dibuat wanita itu didedahkan.



{baca lagi klik butang papar ... }






Laporan pertama dibuat pada April tahun ini dan laporan kedua bertarikh semalam.

Dalam laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).

Sms ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang berbunyi.. “Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.

“Saya heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya puas hati,” .

Menurut laporan penuntut itu lagi, lelaki itu ada berjumpa dengannya dan pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi semasa mereka berada di kafe universiti.

Laporan polis kedua pula penuntut itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman blog.



Penuntut berkenaan menyedari kejadian itu ketika berada dirumahnya.

Wanita itu berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya.

Kita berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan ke atas kes ini dan selesaikan dengan segera.

Buat mangsa, nasi sudah menjadi bubur. Biarpun sehebat mana cinta janganlah sampai gambar yang memalukan diambil dengan kamera kerana sekali ia sudah berada dalam kamera ia mempunyai risiko besar tersebar ke merata tempat sekiranya apa-apa berlaku dalam perhubungan.

Risiko lain juga ialah jika kamera atau telefon pintar, dicuri atau kehilangan gambar-gambar peribadi anda juga sudah tersebar. Hati-hati lah dalam menjalinkan perhubungan.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Adoi .. sebenarnya Pulau Batu Putih telah dijual ..? Ini buktinya ..!

SAMM sejak minggu lalu telah mendesak supaya pihak polis membuka siasatan ke atas keseluruhan pejabat AG di atas dakwaan wujud dua ejen CIA.

Laporan polis juga dibuat di setiap negeri di seluruh negara bagi menggambarkan betapa seriusnya dakwaan Tun Mahathir yang dimuat dalam akuan bersumpah bekas Ketua Siasatan Jenayah PDRM, Mat Zain Ibrahim.

Selesai laporan polis oleh SAMM bersama aksi desakan anak muda di hadapan IPD Dang Wangi Ahad lalu, kini satu lagi pendedahan terbongkar yang juga melibatkan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.


{baca lagi klik butang papar ... }






gani-patail (1)Mat Zain dalam akuan bersumpah yang sama mendedahkan Gani Patail telah dengan sengaja menyebabkan kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura ketika prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut beliau lagi, berlaku transaksi pindahan wang dalam amaun yang besar ke dalam sebuah akaun di Hong Kong, di atas terlepasnya Pulau Batu Putih kepada negara Singapura.

Ini menggambarkan Pulau Batu Putih sebenarnya telah dijual. SAMM juga tidak menolak kemungkinan, hasil intipan ejen CIA yang dikatakan berpengkalan di pejabat AG turut membantu lolosnya Pulau Batu Putih.

Langkah SAMM mendesak dengan laporan polis sebelum ini adalah bertepatan. Apakah pihak polis masih lagi berdiam diri kerana kes ini berprofile tinggi? Apakah SPRM hanya menunggu arahan pihak tertentu untuk bertindak?

Apa lagi yang boleh diharapkan?

Perlu diingat, setelah gagal mendapatkan Pulau Batu Putih dalam pertembungan tahun 2007, Gani Patail tetap kekal sebagai AG dan tidak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Malah menjadi persoalan lebih penting – mengapa tiada rayuan dibuat kepada ICJ dalam kes Pulau Batu Putih setelah lebih enam tahun berlalu? Tiada juga sebarang perkembangan mengenainya. Ini jelas membangkit keraguan munahsabah betapa pejabat AG punyai agenda tersendiri.

logo SAMM3Justeru itu, SAMM akan menggerakkan satu usaha penting untuk mengembalikan Pulau Batu Putih ke tanahair asalnya melalui SAMM Johor. Beberapa gerakan sedang disusun oleh SAMM Johor dan akan mula bertindak menuntut semula Pulau Batu Putih dalam masa terhampir.

SAMM sekali lagi menegaskan, Gani Patail harus disiasat dan dibicarakan segera atau dakwa Tun Mahathir atas tuduhan menipu dan mengelirukan.

Inilah pengkhianat negara yang sebenar, pengkhianat negara ini tidak harus dibiarkan menduduki kerusi teratas dalam sistem perundangan negara, malah perlu dihukum mati jika bersalah.

* Edy Noor ialah Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Apabila si mengong kata tarif elektrik perlu dinaikkan .. lihatlah !

SAMA seperti barangan harian lain, tenaga elektrik juga tidak dapat lari daripada kenaikan kos bahan api.

Hakikat itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MyPower Corporation Datuk Abdul Razak Abdul Majid yang mengesahkan penilaian semula tarif elektrik di negara ini dijangka dibuat tahun depan selepas kali terakhir tarif itu dinaikkan pada 2011.

Beliau berkata, pengubahsuaian tarif itu akan dilakukan kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban subsidi semakin meningkat akibat kenaikan kos bahan api seperti gas yang digunakan untuk menjana elektrik.



{baca lagi klik butang papar ... }






Menurutnya, MyPower Corporation, unit khas ditubuhkan kerajaan bagi memperbaharui industri pembekalan tenaga elektrik telah membentangkan kajian tarif elektrik yang kini sedang menunggu kelulusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kenaikan yang dijangka dikenakan kepada pengguna jika kerajaan meluluskan penilaian semula tarif itu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid minggu lalu turut mengesahkan kajian tarif elektrik baharu dijangka disiapkan tahun depan.
Menurut Mahdzir, antara isu yang sedang ditimbangkan ialah kos sumber tenaga dan impak tarif baharu itu kepada pengguna.

“Laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kabinet untuk pertimbangan. Hanya selepas itu kita akan tahu jika tarif itu ditingkatkan atau sebaliknya,” tambah beliau seperti dilaporkan Bernama.


Negara perlukan IPP untuk bekalkan elektrik

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Malaysia kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga elektrik 20,000MW setiap hari dan permintaan pengguna industri, komersial dan pemilik rumah adalah 16,500MW setiap hari.

Menurutnya, permintaan itu dijangka mencecah 20,699 MW pada 2020.

“Kedua-dua pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) perlu penuhi kapasiti ini, kalau harapkan salah satu pihak sahaja memang tidak mencukupi,” katanya semasa ditemui dalam taklimat media, baru-baru ini.

Katanya, 50 peratus tenaga elektrik di Malaysia kini dibekalkan TNB dan 50 peratus lagi dibekalkan IPP.

Abdul Razak turut menyangkal dakwaan bahawa IPP mendapat keuntungan daripada subsidi bahan api oleh kerajaan, iaitu isu yang sering dimainkan di media sosial.

“Sebenarnya subsidi kerajaan itu adalah bagi gas milik Petronas yang dijual pada harga lebih rendah kepada TNB dan IPP berbanding harga pasaran dunia.

“IPP tidak dapat apa-apa keuntungan daripada subsidi bahan api itu kerana ianya terus disalurkan kepada pengguna melalui harga tarif elektrik yang rendah,” katanya.


Bil elektrik bawah RM70 tiada GST

Ditanya mengenai caj cukai barangandan perkhidmatan (GST) kepada bil elektrik pengguna, beliau berkata isi rumah dengan penggunaan elektrik di bawah RM70 setiap bulan tidak dikenakan GST.

Kerajaan dalam pengumuman Bajet 2014 bulan lalu menetapkan GST pada kadar enam peratus bermula 1 April 2015.

Menyedari peningkatan kos hidup rakyat negara ini, Abdul Razak berkata, antara cara menghadapi kenaikan tarif elektrik adalah penggunaan tenaga itu secara cermat.
“Kalau kita nak guna elektrik, kita perlu guna dengan bertanggungjawab.

"Kerajaan juga ada tanggungjawab. Jika harga bahan api turun (ikut pasaran dunia), subsidi bahan api turut berkurangan jadi lebihan subsidi ini boleh disalurkan kepada rakyat memerlukan dalam bentuk lain,” katanya.



sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 26 November 2013

KECOH PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI DI LANTIK SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI LEMBAGA PENGARAH UiTM!!!!

Rupa-rupanya Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang dijatuhkan hukuman penjara 1 hari dan denda RM20,000 kerana di dapati bersalah menghina Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kes saman malu DSAI terhadap Utusan telah dilantik secara senyap-senyap sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baru yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Beliau didapati bersalah kerana menghina Mahkamah kini UiTM pula dilihat sudah menghina kesucian Institusi UiTM dengan melantik Ibrahim Ali sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya.
OMAK KAU!!!!



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




MB N9 cuba 'tunjuk pandai' kepada pengetua

SEREMBAN – Semua pengetua sekolah di negeri ini dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengambil tindakan membuang sekolah dengan
sewenang-wenangnya terhadap pelajar bermasalah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan membuang sekolah itu hanya akan merugikan pelajar itu sendiri, selain memberi
kesan buruk terhadap pembangunan negara.

Katanya, jangan disebabkan gelaran sebagai guru besar atau pengetua sekolah, mereka boleh mengambil tindakan dengan sesuka hati.



{baca lagi klik butang papar ... }






“Setiap perkara yang dilakukan mestilah bersebab, dan sebagai guru kita perlu selidik dan menyiasat masalah tersebut sehingga ke akar umbi, sebelum membuat
keputusan membuang murid tersebut daripada sekolah.

“Tindakan itu bukan dapat menyelesaikan masalah, sebaliknya ia akan mendatangkan kerugian kepada masa depan pelajar itu sendiri, selain memberi kesan kepada
pembangunan modal insan negara.

“Sebaiknya, pelajar yang bermasalah ini perlu didekati, dibantu dan difahami bagi mencari jalan penyelesaian buat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam ‘Majlis Persona Citra Kasih’ sempena Konvensyen Pengurusan Pendidikan Kebangsaan kedua dan
Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan di Hotel Royale Bintang, kelmarin.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Mazlan Mohamad Sifuddin; Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Kalsom
Mohd Khalid dan Yang Dipertua Pengetua Cemerlang Kebangsaan, Azahari Tauhid.

Tambah Mohamad, tindakan membuang sekolah itu tidak akan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang pelajar hadapi.

“Sebagai seorang pengetua yang cemerlang, jangan sesekali membiarkan dan mencampakkan anak muda ke dalam masyarakat yang bermasalah dan tidak mengenal
erti perikemanusiaan, kerana dikhuatiri kehidupan mereka akan terjejas," katanya.

Artikel Berkaitan
list of 10 items

Jangan buang pelajar bermasalah sewenangnya

Tunggu pemaju serah sekolah

Pemaju didesak serah sekolah

Takkan tercicir walaupun sakit

321 terima bantuan persekolahan

Pertanyaan terjawab

Pelajar maut digilis lori

Murid hilang sebelah mata

Pelajar OKU terima kerusi elektrik

'Tiada aktiviti rekrut pelajar'
list end
hybrid_iframe frame
simgad/4700989964171125803
hybrid_iframe frame end
www.sinarharian.com.my
tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan
tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Facebook frame
hprofile-ak-ash3/70757_100000646183096_6864041_q
Add a comment...
Add a comment...
Comment
Posting as Azhar Ismail
(Change)

Post to Facebook
Facebook social plugin
Facebook frame end
SH - Related content
5 Pilihan Editor
Jangan buang pelajar bermasalah sewenangnya
Taska, pengasuh atau berhenti kerja?
Bincang berkaitan Islam, bukan ideologi
Intipan: Siasatan menyeluruh dijalankan
Generasi muda penerus perjuangan bahasa Melayu
google_ads_iframe_/6273129/SH_mainpage_120x600_top_0 frame
simgad/17115145373392400327
AdChoices
google_ads_iframe_/6273129/SH_mainpage_120x600_top_0 frame end
google_ads_iframe_/6273129/SH_mainpage_120x600_0 frame
simgad/16967484228762856502
google_ads_iframe_/6273129/SH_mainpage_120x600_0 frame end
Direktori @ Sinar
Kerjaya @ Karangkraf
Rencana
list of 4 items
Taska, pengasuh atau berhenti kerja?
Tangan pengukir rezeki
Peristiwa berdarah di Sungai Semur
Rasa umami dikesan lidah
list end
Pendapat
list of 4 items
Generasi muda penerus perjuangan bahasa Melayu
Amalan meminta maaf dan memaafkan
Dr Asri cabar Mufti Kedah sumpah laknat
Alunan nafiri Pemuda Pas seiring sekata?
list end
Blog
list of 4 items
Kenapa Yahudi di Iran enggan pindah ke Palestin?
Pas mengamuk?
NGO Melayu dan perjuangan Umno
PPSMI ancam sekolah Cina?
list end
BUKU
sh/buku
list of 1 items
Nikah Mutaah: Penipuan untuk menghalalkan zina
list end
RESIPI
sh/resipi
list of 1 items
Kemahiran Jepun inspirasi Perancis
list end
NOVEL
sh/novel
list of 1 items
Kopi Ladyku: Bab 10
list end
FAMILI
sh/famili
list of 1 items
Sahkah perkahwinan di sempadan?
list end
BUSANA
sh/busana
list of 1 items
Habibi pusat sehenti Muslimah moden
list end
STAILO
sh/stailo
list of 1 items
Kesempurnaan Odyssey
list end
PERSONALITI
sh/personaliti
list of 1 items
Marina manfaat sukan zaman remaja
list end
TANYA DR NIZAR
sh/tanye-dr-nizar
list of 1 items
Alternatif lutut sendi besi
list end
Syarat & Penafian
|
Pengiklanan
|
Hubungi Kami
|
Kerjaya
Resolusi terbaik pada 1024 x 768
©2012 | Hakcipta Terpelihara Grup Digital Karangkraf
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"