Rabu, 29 Jun 2011

ROS beri amaran batal pendaftaran

PBO:

1. nampak gayanya BN akan menang tanpa bertanding tanpakelibat PR. semua bakal diharamkan. kecuali ...... PERKOSA dan PEMUDA UMNO

2. sekarang sudah sinonim dengan istilah kumpulan pengacau. PBO setuju dengan istilah ini ... pengacau kroni nak buat duit. pengacau pemimpin zalim nak tindas rakyat.





PUTRAJAYA: Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan pendaftaran, jika dibuktikan terbabit dengan kegiatan yang mengancam ketenteraman atau keselamatan awam.

Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman, berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama dan maklumat daripada polis untuk mengenalpasti mana-mana pertubuhan yang didapati terbabit dengan perhimpunan haram yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini kononnya untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil. Beliau berkata, mengikut Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966, ROS boleh mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pihak berkaitan jika ada maklumat menyatakan sesuatu pertubuhan sah terbabit dengan kegiatan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam termasuk perhimpunan haram. “ROS akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pertubuhan yang terbabit dengan perhimpunan haram. Undang-undang jelas menyatakan pertubu-han yang berdaftar tidak boleh terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang apatah lagi yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kemungkinan ROS akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengannya tetapi terbabit dengan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini.

sumber berita klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: