Khamis, 31 Mac 2011

Pelanggan, gadis urut lari bertuala

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan pusat refleksologi bersama tukang urut wanita warga Indonesia berusia 20-an berlari dengan hanya bertuala selepas premis
terbabit yang terletak di tingkat atas sebuah pasar raya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pusat refleksologi itu yang beroperasi tanpa permit terbakar kira-kira 70 peratus dipercayai akibat letupan berpunca
dari wayar elektrik yang bermula di bahagian dapur di tingkat sama.
Saksi kejadian, seorang penjual kerongsang di kaki lima bangunan itu, Umi Kalsom Mohd Noor, 50, berkata dia terkejut selepas ternampak kira-kira 15 orang
termasuk seorang lelaki dan wanita yang hanya bertuala kelam-kabut berlari turun dari pusat refleksologi berkenaan.

Menurutnya, pasangan itu mungkin berurut dan tidak sempat mengenakan pakaian mereka selepas bahagian dapur pusat itu terbakar.
“Saya bukan sahaja terkejut melihat kelibat pasangan itu yang hanya memakai tuala, tetapi turut berasa takut seluruh bangunan ini akan terbakar selepas
melihat asap tebal dari tingkat satu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Katanya, tindakan pantas pengurusan pasar raya menutup punca bekalan elektrik di premis berkenaan yang terletak di tingkat bawah menyebabkan api dapat
dikawal.

Sementara itu, seorang pekerja pasar raya yang terperangkap di tingkat dua bangunan itu yang dijadikan asrama pekerja risau dokumen peribadinya terbakar
dalam kejadian itu.
Sahifah Tun Nur, 49, berkata dia tidak risaukan nyawanya sebaliknya terfikir untuk terjun bagi menyelamatkan dokumen peribadinya.

“Saya tidak dapat turun melalui tangga akibat asap tebal di pintu depan dan belakang dan diselamatkan anggota bomba yang memecahkan cermin depan,” katanya. (HM)

Surendran: Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.  Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoal siasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis, secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.  Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengetatkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa.  Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan "semak dan imbang" ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar, mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.  Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

*Kenyataan media oleh N Surendran selaku Naib Presiden PKR.

Mufti jawab tayang video seks adalah haram, apa kata Nazri?

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.










“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

malaysian insider

Menarik: Ketahui hotel tertinggi di dunia.

HONG KONG - Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia selepas dibuka kepada orang awam kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.










Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan, selain menyediakan kemudahan seperti pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.

Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya. - Agensi



Surat untuk YB Zul ...

PBO pun tertanya-tanya apakah benar YB Zul terima wang RM5 juta? Harap-harap tu tak le. Elok juga YB Zul menafikan macam kes Bala nak saman Saifudin.

Eh apa cerita ya? Rasanya dah lebih seminggu kes Saifudin tu.

Apa isi surat yang PBO jumpa? Klik papar:







"Yb Zul!

Salam penuh kasih sayang dari kami rakyat Malaysia.

Adakah betul saudara Yb Zul mendapat imbuhan atau ganjaran dari pihak-pihak tertentu setelah keluar parti dan menyerang Saudara ANwar Ibrahim

Betul atau tidak tak perlulah jawab sebab itu semua hendaklah YB ZUL jawab kat HATI aje.

Tidak perlulah saudara YB Zul menafikan atau menjawab soalan ini. Apa yang kami nak jika betul ialah Yb Zul pulangkan duit atau bentuk harta atau seumpamanya
kepada MASJID kemudian TAUBATLAH kepada ALLAH dengan taubat nasuha kemudian letak lah jawatan wakil rakyat dan berilah tumpuan kepada keluarga tercinta
serta perbanyakan ingat kat ALLAH serta Nabi Muhammad SAW.

Semoga mereka yang akan mendedahkan perkara ini semasa PRU 13 ,menarik balik agar keaiban YB Zul sekeluarga terpelihara di sisi Allah.

Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNYA untuk bertaubat. Bukan hanya bertaubat malah bermuhasabah diri serta sentiasa menjaga ROH IBADAT.

Salam penuh kasih sayang dari kami warga Malaysia."



sumber dari sini


PBO: Ini asam ragam politik. Selagi ada peminat, selagi itu orang tertanya-tanya.

Siapa cakap PAS Kedah gagal? BN Kedah gigit jari!

"Laporan Pelaksanaan dan Pencapaian Manifesto PAS - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Adapun teori pentadbiran UMNO sepanjang penggal pilihanraya amat mudah, sebaik sahaja dapat kuasa lepas pilihanraya, masa untuk agihan, apa saja yang patut
di agihkan sesama depa. Tahun pertama buat apa yang boleh menimbulkan keseronokan rakyat dan melaksanakan janji dalam pilihanraya.

Tahun kedua dan ketiga, tekan dan laksana dasar-dasar memaksa rakyat ikut kehendak kerajaan, seperti naik harga barang, naik yuran sekolah dan lain-lain.









Tengok apa yang patut laksana dalam manifesto dan janji manis pilihanraya. Tahun ke empat, bermanis muka dan memberi gula-gula. Rakyat akan lupa manifesto
dan bersedia menabur apa sahaja untuk hadapi pilihanraya seterusnya...
Dalam tahun-tahun dekat pilihanraya ni jangan sesekali buat perkara yang menaikkan
kemarahan dan kegelisahan rakyat. Hanya gula-gula.

Maka bila hilang kerajaan, depa sangka pengganti depa akan buat perkara yang sama dengan teori depa. Depa silap! Kerajaan PR memerintah dengan berusaha
memajukan negeri dan rakyat sepanjang penggal. Kita buat apa yang betul dan patut untuk negeri dan rakyat sebagai sebuah kerajaan. Kita bekerja hingga
ke hari terakhir sebelum pilihanraya tanpa gula-gula palsu kerana kita janjikan Kedah Sejatera, kita tidak bodohkan orang ramai dengan gula-gula.

Akhir-akhir ini, menjelang pilihanraya umum ke 13, BN Kedah menjerit kepada rakyat PAS tak laksanakan Manifesto Pilihanraya... tujuannya supaya rakyat
Kedah yang dibuai teori UMNO itu selama 11 kali pilihanraya bangkit dari membuntoti teriakan depa.Tujuannya supaya PR tak sempat laksanakan apa-apa lagi
kerana masa sudah suntuk.

Masalahnya, teori itu tiada dalam kamus PR. Kita laksanakan berdasarkan kemampuan kita selama 3 tahun ini apa kita tulis dalam manifesto, tanpa had masa
dan tak kira dekat atau jauh lagi pilihanraya.

Selepas tiga tahun, saya perturunkan Laporan Pencapaian Dan Pelaksanaan Manifesto PAS yang dirujuk sebagai Manifesto PR untuk dinilai oleh rakyat. Pencapaiannya
seperti berikut:

Sudah berjaya dilaksanakan (44 perkara) - 78.5%
Sedang dalam proses pelaksanaan (4 perkara) - 7.2%
Belum dapat dilaksanakan (8 perkara) - 14.3%

Berikut adalah butirannya:

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJI DALAM MANIFESTO

1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan
fahaman politik.

2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.

3. Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua
Audit Negara 2010.

4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)

1.PENTADBIRAN

a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.

Keterangan:

Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat
aduan.

b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

Keterangan:

Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.

Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewanagn negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi
maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Keterangan:

Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.

Pengurangan elaun mesyuarat

( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga RM 7 juta setahun)

(Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini

d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Keterangan:

Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan
hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan
Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007.

2.HAL EHWAL ISLAM

a)Mempercepat proses penyelesaian masalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah

Keterangan:

Bilangan hakim syariah telah dipertingkatkan dan menubuhkan Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam di Kedah.

Kompleks Mahkamah Syariah yang baru telah siap dibina dan beroperasi di Alor Setar.

b)Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid yang terlatih.

Keterangan:

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah dilantik sebagai pelaksana menggantikan Institusi Imam untuk melatih dan memberi kursus kepada pegawai-pegawai masjid
seluruh Kedah. Pada awal 2011, kumpulan pertama seramai 40 orang pegawai masjid telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut secara berperingkat.

Pemilihan imam telah dilaksanakan melalui temuduga di peringkat masjid. Kaedah ini didapati lebih adil dan telus dalam memilih imam di qaryah masing-masing.

Tiada campur tangan politik daam pemilihan imam di setiap qaryah

c)Elaun imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qaryah

Keterangan:

Elaun yang diberi kepada imamoleh JAKIM melalui kerajaan negeri adalah setimpal dengan keadaan semasa dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan.

d)Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian

Keterangan:

Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadhan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.

3.HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

a)Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing

Keterangan:

kerajaan terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan disamping memberi perlindungan dan sokongan kepada program-program keagamaan dan kebudayaan
di Kedah tanpa sebarang gangguan.
b)Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam dan bahasa semua kaum

Keterangan:

Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali,
Thaipusam dan sebagainya.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti/program pelbagai kaum di Kedah. (Peruntukan seperti ini tidak pernah wujud
sebelum ini).

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Contohnya:

a) Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.

b) Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

c) Pemberian kewangan sebanyak RM 50,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

d) Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak

c)Melantik EXCO daripada wakil rakyat bukan Islam

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan iaitu dengan melantik YB Manikumar, YB Lim Soo Nee dan YB Tan Chow Kang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

4.PENDIDIKAN

a)Memberi bantuan khas kepada Sekolah Agama Rakyat untuk menjamin kelangsungan dan kemajuan sekolah itu.

Keterangan:

Kerajaan telah memperuntukan bantuan tahunan sebanyak RM 2.1 juta kepada Sekolah Agama Rakyat sejak tahun 2008.
b)Menjadikan Kolej Universiti Insaniah sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Keterangan:

Kampus tetap KUIN sedang dibangunkan di atas tanah seluas 320 ekar di Kuala Ketil dengan kos RM 330 juta yang mampu menampung sehingga 7000 orang pelajar
serta meliputi pelbagai bidang dan kemudahan yang lengkap demi keselesaan pembelajaran pelajar.

Sehingga kini, penuntut KUIN telah mencecah angka 4492 orang termasuk pelajar-pelajar asing daripada 35 buah negara.

KUIN telah dimajukan dengan 42 program pengajian di pelbagai peringkat, bermula dari Pengajian Asasi kepada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang meliputi
bidang Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kejururawatan, Perhotelan dan pelbagai lagi.

Kerajaan juga telah memberi biasiswa dan insentif kepada pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian mereka.

c) Melancarkan program pendidikan komuniti. Kumpulan sasaran terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab
member kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab anggota masyarakat dalam proses pendidikan.

Ulasan/Cadangan:

Kelas-kelas pengajian telah dilaksanakan di banyak tempat termasuk di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional
(pondok)yang mendapat sambutan hingga ribuan peserta.

5.EKONOMI

a)Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat.

Keterangan:

Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat
dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

b)Mewujudkan suasana ‘mesra pelabur’ dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Keterangan:

Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan .

Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion

Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan
Pulau Pinang.

6.TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memastikan setiap pengambilan tanah yang dibuat hanya untuk kepentingan awam dengan bayaran yang setimpal dan munasabah.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan sepanjang masa setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, tiada pertikaian berkenaan pampasan yang telah
diberikan. Ini membuktikan pembayaran yang diberi adalah setimpal dan munasabah.

b)Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.

Keterangan:

Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta.

Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan
yang tidak berorientasikan keuntungan.

c)Menguruskan hasil hutan secara telus dimana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka yang memberikan peluang maksimum.

Keterangan:

Proses tender balak telah dilakukan secara tender terbuka. Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205% berbanding
tahun 2007.

Fakta: Kutipan hasil balak*

Purata 2004-2007 RM 9.5 juta

2008 RM 35 juta

2009 RM 38 juta

2010 RM 53 juta

*(Hasil yang diperoleh adalah dari keluasan tanah dan kuota tebangan yang sama)

d)Memberi potongan (rebat ) antara 25-75 peratus dari perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.

Keterangan:

Walaupun terpaksa kehilangan kutipan hasil sekitar RM 50 juta, kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan dalam manifesto dengan memberi potongan
cukai antara 25-75% dari perbezaan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006.

Potongan yang diberikan adalah berbentuk rebat.

7.PERTANIAN

a)Membangunkan pertanian negeri dengan memberikan keutamaan kepada pengeluaran makanan secara komersial yang diterajui oleh Lembaga Kemajuan Pertanian
Kedah yang akan ditubuhkan.

Keterangan:

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan 2008-2015 yang merangkumi pembangunan pertanian di Negeri Kedah.

Pelan hala tuju tersebut telah memberi fokus kepada projek tanaman padi, jagung, nanas, sayuran dan penternakan.

Selain itu, Kedah Agro dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK) turut rancak menjalankan program-program merakyatkan pertanian. Antaranya memberikan
pendedahan kepada penduduk kampung cara-cara menghasilkan cecair EM yang merupakan bahan utama dalam penghasilan Baja Kompos, Silaj, Baja Buah, Baja Daun
dan penghalau serangga.

Julung kalinya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan wang tambahan berjumlah RM 13 juta kepada Jabatan Pertanian Kedah dalam membangun dan merakyatkan pertanian
di Negeri Kedah.

Peruntukkan khusus seperti ini tidak pernah diberikan sebelum ini.

8.PEMBANGUNAN INSAN
a)Mewujudkan sebuah badan/agensi khusus bagi menggalakkan pembangunan keluarga bahagia serta menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebahagiaan
keluarga.

Keterangan:

Telah diwujudkan Sekretariat Kem Bina Shakhsiah di bawah EXCO Pembangunan Insan yang telah menganjurkan beberapa siri Kem Bina Shakhsiah, Kem Anak Soleh
& Kem Bina Insan yang merupakan sebahagian usaha kea rah pembangunan insane serta kebahagiaan keluarga.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 3.5 juta untuk penubuhan Institut Latihan Belia Sejahtera di Sg. Petani sebagai institusi pembentukkan shakhsiah
dan pembangunan insane para remaja.

b)Mengawal semua punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan seawal pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui unit khas iaitu Unit Mencegah Gejala Sosial (UMGAS). Unit ini
telah melaksanakan beberapa aktiviti Latihan Lapangan Anti Gejala Sosial (LANDAS) khususnya di beberapa kawasan sasaran gejala tersebut.

c)Menganjurkan program-program yang menyuburkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan.

Keterangan:

Kerajaan telah menganjurkan beberapa program melalui Urusetia Belia dan Pembangunan Insan kepada para remaja dan belia seperti kem motivasi, kepimpinan
dan keusahawanan mengikut modul-modul yang telah disediakan.

Sebagai galakkan keusahawanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tahun 2010 untuk membantu memajukan usahawan Insustri Kecil dan Sederhana
(IKS) Bumiputera melalui pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

9.PIHAK BERKUASA TEMPATAN

a)Menjadikan PBT prihatin, peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak penduduk dalam sempadan PBT masing-masing yang merupakan kumpulan pembayar
cukai.

Keterangan:

Pembentukkan Ahli Majlis lantikan politik yang baru setelah mentadbir kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa isu kehendak dan
keperluan penduduk.

Perkara ini telah direalisasikan dengan urus tadbir yang lebih telus tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.

b)Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang.

Keterangan:

Kedah mendahului negeri-negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak dengan menandatangani MoU dengan kontraktor dilantik bagi pengurusan sisa pepejal.

Dengan pengambilalihan operasi secara interim berkuatkuasa 1 November 2009, aspirasi kerajaan dan PBT untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam yang lebih berkesan dan berkesan kini terlaksana.

Perundingan sedang berjalan dengan pihak-pihak terbabit untuk merealisasikan perkara ini.

Pihak PBT dan MKK juga telah menghidupkan dan melaksanakan konsep gotong-royong yang disarankan oleh pihak kerajaan. Dengan membudayakan gotong-royong,
dapat mengurangkan kos serta menyemai sikap sayang dan tanggungjawab terhadap harta ataupun kemudahan awam.

c)Mewujudkan golongan Bumiputera berniaga di pusat bandar bagi mencerminkan komposisi kaum.

Keterangan:

Arahan kepada PBT telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan proses permohonan lesen dan telah dilaksanakn oleh PBT masing-masing.

Kewujudan up-town di bandar, ekspo-ekspo niaga dan Karnival Kedah Sejahtera telah membuktikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan. Dengan kewujudan
ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk memperluaskan pernigaan masing-masing.

Selain itu, lesen sementara juga telah dikeluarkan kepada peniaga bumiputera untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah di tetapkan oleh PBT.

d)Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat

Keterangan:

Pihak kerajaan telah mengkaji kadar cukai pintu sedia ada selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah. Kadar sedia ada yang telah dikenakan didapati
munasabah serta tidak membebankan rakyat.

10.PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS

a)Memperbanyakkan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.

Keterangan:

Sebanyak 1,181 unit rumah mampu milik sedang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. di atas tanah
seluas 40 hektar di Pokok Sena yang dikenali sebagai Bandar Sejahtera.

Bina Darul Aman Berhad (BDB) juga sedang menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di Kubang Pasu dan Baling, masing-masing sebanyak 420 unit dan 440 unit.

Pembinaan rumah mampu milik ini diyakini mampu mengatasi keperluan 23,000 pemohon rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus dapat membasmi
setinggan bandar .

b)Menilai dan menyusun semula Jabatan Bekalan Air Kedah dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan kemungkinan menurunkan kadar
caj air demi kebajikan rakyat.

Keterangan:

Sejak 1 Januari 2010, pengurusan Jabatan Bekalan Air telah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan nama Syarikat Air Darul
Aman (SADA).

Pihak SADA juga telah menjalankan kerja-kerja penukaran paip yang lama kepada paip yang baru bagi menjamin kualiti dan kebersihan air untuk kegunaan harian.

Bagi mengatasi tuntutan keperluan air semasa dan masa depan, pihak SADA juga sedang membina tiga buah loji rawatan air di Padang Sanai, Lubuk Buntar dan
Jeniang.

c)Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.

Keterangan:

Pembinaan Taman Jubli Emas di Suka Menanti, Alor Setar merupakan salah satu kawasan rekreasi yang dibangunkan sesuai dengan gaya hidup moden. Turut disediakan
pelbagai prasarana lengkap khususnya untuk aktiviti sukan lasak.

Kerajaan Negeri telah menggalakkan pihak pemaju menyediakan kawasan lapang untuk beriadah dan bersukan serta taman permainan kanak-kanak di taman-taman
perumahan yang dibangunkan.

Perancangan penambahbaikan turut diambil perhatian oleh EXCO Perlancongan dalam bidang tumpuan utama, iaitu:

a)Penubuhan Unit Pelancongan Negeri

b)Memajukan Pelancongan Kesihatan di Langkawi

c)Memajukan Produk Pelancongan Langkawi Antarabangsa

d)Memajukan Produk Warisan di Alor Setar dan Lembah Bujang

e)Menaiktaraf Produk Suka Lasak di Sungai Sedim dan Sungai Kedah

* (Sumber: Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015, UPEN)

11.HAL EHWAL WANITA

a)Memberi cuti bersalin selama 3 bulan: 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa menghadkan
bilangan anak.

Keterangan:

Kerajaan negeri akan melaksanakan cuti ini selaras penguatkuasaannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pemberian cuti ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2011 yang telah dibentang dalam Belanjawan 2011 selaras dengan cadangan dan keputusan
kerajaan negeri sebelum ini.

b)Mewujudkan organisasi wanita di setiap daerah bagi melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan
masyarakat.

Keterangan:

Sehingga kini sebanyak 14 buah pertubuhan wanita ditubuhkan, manakala 1 lagi dalam proses penubuhan dan menunggu kelulusan. Kewujudan pertubuhan/persatuan
wanita ini adalah untuk melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah senarai NGO wanita yang telah ditubuhkan:

a)Pertubuhan Wanita Sepakat Langkawi

b)Pertubuhan Wanita Ihsan Parlimen Jerlun (ALWANI)

c)Pertubuhan Wanita Sejahtera Kubang Pasu

d)Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar

e)Pertubuhan Amal Wanita Pokok Sena (PAWANA)

f)Pertubuhan Wanita Daerah Padang Terap (PEJIWA)

g)Pertubuhan Wanita Pengasih Parlimen Kuala Kedah (SUMBANGSIH)

h)Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang (PEWANGI)

i)Persatuan Wanita Muhibbah Yan

j)Pertubuhan Wanita Parlimen Sg. Petani (SAHARA)

k)Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik

l)Pertubuhan Wanita Prihatin Baling

m)Persatuan Amal Wanita Daerah Kulim (PERMATA)

n)Persatuan Kebajikan Wibawa Bandar Baharu

12.KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
a)Memperkemas fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk mengkaji semula kadar bantuan bulanan dan kadar bantuan bencana.

Keterangan:

Setelah mengkaji kadar bantuan JKM, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM 1 juta menjadi RM 13.5 juta untuk tahun 2010 kepada JKM
bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diambil perhatian yang serius khususnya apabila berlaku bencana.

13.BELIA

a)Menyediakan pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran secara percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Keterangan:

Bagi melahirkan usahawan belia yang lebih mantap dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2010 melalui pembiayaan
Dana Usahawan PKNK sebagai pinjaman modal memula dan memperkembangkan perniagaan.

Latihan kemahiran turut diberikan untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS).

b)Membasmi pengangguran dengan menyediakan dasar yang mengutamakan belia Kedah dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat terpilih.

Keterangan:

Kerajaan negeri telah berusaha mengurang dan membasmi kadar pengangguran di Kedah dengan menetapkan dasar dan syarat kepada pelabur untuk mengutamakan
rakyat negeri ini dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat yang melabur di Kedah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang telah dikeluarkan oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri iaitu kadar pengangguran di
Kedah telah menurun daripada 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008.

c)Mewujudkan Akademi Kepimpinan untuk melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan.

Keterangan:

Bagi melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan dan berkualiti, Sekretariat Belia Sejahtera telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang dan
melaksanakan aktiviti berkaitan belia.

Selain itu, sebanyak 10 kelab/pertubuhan/NGO belia di peringkat parlimen juga telah ditubuhkan, iaitu:

a)Pertubuhan Belia Sejahtera Sg. Petani (BERANI)

b)Pertubuhan Belia Sejatera Sik (BEST)

c)Pertubuhan Bahtera Prihatin (Kuala Kedah)

d)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Terap

e)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI)

f)Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK)

g)Pertubuhan Belia Sejahtera Pokok Sena (PERSONA)

h)Persatuan Belia Fateh Kubang Pasu

i)Kelab Jerai Sejahtera

j)Bahtera Prihatin Kuala Kedah

Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) di Sg. Petani sebagai institusi melatih kepimpinan belia melalui pelbagai
modul dan aktiviti sepanjang mengikuti kursus tersebut.

14.SUKAN DAN REKREASI

a)Menjadikan Kedah terkenal dalam beberapa jenis sukan terpilih seperti bola sepak, takraw dan silat olahraga melalui bantuan dan insentif kepada badan
sukan.

Keterangan:

Kerajaan telah melunaskan hutang peninggalan kerajaan sebelum ini sebanyak RM 5 juta.

Julung kalinya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah memiliki bas sendiri dimana penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah
pada 21 April 2010.

Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan kepada badan sukan di Kedah melalui peruntukan EXCO Belia dan Sukan bagi meyemarakkan semangat kesukanan
disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan.

Kerajaan juga telah memberi insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Kedah dipersada kebangsaan dan antarabangsa seperti wang tunai
dan lot tanah seperti pemain bola sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini.

b)Mempopularkan sukan permotoran dan sukan ekstrem dengan menyediakan prasarana berkaitan dan akademi latihan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan permotoran dan sukan lasak sebagai sukan popular di Kedah. Antaranya ialah:-

a)Junggle Trekking Gunung Jerai

b)Belon Panas di Taman Jubli Emas, Alor Setar

c)Sukan Motorcross di Bukit Jambul

d)Perlumbaan ‘Sprint Test’ di Taman Jubli Emas, Alor Setar

e)Sukan ekstrem seperti basikal dan papan luncur di Taman Jubli Emas, Alor Setar

f)Aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Payar

g)Acara sukan arus deras ‘White Water Rafting’ di Sungai Sedim, Kulim

h)Perlumbaan ‘Cub Prix’ di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar

c)Menyediakan pusat aktiviti rekreasi keluarga di setiap daerah.

Keterangan:

Pusat aktiviti rekreasi yang sedia ada di setiap daerah telah mencukupi untuk masyarakat beriadah dan berehat. Penambahan pusat aktiviti rekreasi akan
ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan masyarakat setempat.

Pemaju perumahan telah ditetapkan syarat untuk menyediakan pusat rekreasi keluarga di setiap taman perumahan yang dibangunkan khususnya dengan menyediakan
kawasan lapang untuk bersukan dan riadah serta taman permainan kanak-kanak.

15.ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN

a)Memastikan pembangunan fizikal tanpa menjejaskan kualiti udara, sungai dan hutan.

Keterangan:

Perkara ini telah menjadi polisi kerajaan.

Memindahkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) daripada tanah sawah seluas 4300 ekar ke lokasi lain.

b)Menjamin kewujudan zon hijau (green belt) di kawasan bandar.

Keterangan:

Kewujudan zon hijau di kawasan Bandar telah diberi perhatian serius dan dilaksanakan di bawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Kempen Sejuta Pokok dengan menanam pokok yang bertujuan memelihara alam dan mewujudkan zon jihau di kawasan-kawasan
Bandar.

c)Membangunkan tempat pelancongan baru secara terancang.

Keterangan:

Tempat pelancongan baru telah dibangunkan secara terancang seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Tree Top Walk Sg. Sedim, Pantai Merdeka, Terap
Inn dan Regency Jerai Hills Resort.

d)Membuka peluang dan mempergiat penyertaan rakyat dalam kegiatan pelancongan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam kegiatan pelancongan khususnya dengan mewujudkan homestay di kawasan yang
berpotensitinggi sebagai destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kedah.

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG SEDANG DALAM PELAKSANAAN)

1.PENTADBIRAN

a)Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan

Ulasan/Cadangan:

Sedang dilaksanakan

2. TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep Ladang Rakyat

Keterangan:

Sedang dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan, Kedah Agro mengikut kaedah Contract Farming.

Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep ladang rakyat dimana tanah yang dimiliki adalah dalam bentuk saham syarikat yang mengusahakan
tanah rakyat tersebut.

Pihak Kedah Agro masih dalam perancangan menyusun beberapa jenis pertaniah yang sesuai dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti dan iklim tanah yang dicadangkan.

1.PERTANIAN

a)Membangunkan Lembah Jerai sebagai Agro-hub (pengkalan hasil pertanian) Negeri Kedah

Keterangan:

Gagasan YAB Mentei Besar Kedah sebagai Belanda Timur sedang giat direalisasikan khususnya pertanian di Lembah Jerai mengikut Pelan Hala Tuju Pembangunan
Pertanian Negeri Kedah Darul Aman 2008-2015.

Kerajaan juga optimis melalui teknologi serta pembangunan dan penyelidikan untuk meningkatkan hasil pertanian berdasarkan aktiviti pembuatan.

2.BELIA

a)Menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Mahligai Sejahtera di Seri Mentaloon Alor Setar sebagai salah satu langkah untuk menggalak dan memudahkan proses
perkahwinan dikalangan belia.

Modul khas berkaitan kekeluargaan Islam juga telah dirangka dan akan dilaksanakan di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) setelah memulakan operasinya
di Sungai Petani.

LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG BELUM DILAKSANAKAN)

1. EKONOMI

a)Menubuhkan institusi Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) sebagai alternatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek.

Belum dilaksanakan

2.PERTANIAN

a)Mewujudkan Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Belum dilaksanakan

3.HAL EHWAL WANITA

a)Mengiktiraf suri rumah sepenuh masa sebagai tenaga kerja produktif yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan mewujudkan peluang pekerjaan
di rumah.

Belum dilaksanakan

b)Memberi cuti eddah kepada wanita yang kematian suami selama tiga puluh hari dan empat belas hari kepada suami yang kematian isteri.

Belum dilaksanakan

c)Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama.

Belum dilaksanakan

KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNA SOSIAL

a) Mewujudkan Tabung Bantuan Kemiskinan untuk membantu golongan miskin tanpa membezakan agama, kaum dan fahaman politik.

Belum dilaksanakan

b) Memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.

Belum dilaksanakan

4.SUKAN DAN REKREASI

a)Menyediakan kemudahan sukan khusus untuk golongan wanita dan kurang upaya.

Ulasan/Cadangan:

Belum dilaksanakan

HASIL LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

1.Perkara yang telah dilaksanakan : 44 (78.5%)

2.Perkara yang sedang dalam pelaksanaan : 4 (7.2%)

3.Perkara yang belum dilaksanakan : 8 (14.3%)

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB KEDAH "


sumber

Aktor Bollywood dipenjara tujuh tahun kerana rogol amah

MUMBAI 30 Mac – Pelakon Bollywood yang pernah memenangi anugerah, Shiley Ahuja hari ini dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, kes yang mengemparkan industri perfileman terbesar dunia itu.






Ahuja dibenarkan ikat jamin pada Oktober 2009 dan diarahkan oleh mahkamah agar meninggalkan Mumbai, tiga bulan selepas ditahan atas dakwaan merogol, mengugut dan mengurung pembantu rumahnya, yang sekarang ini berusia 20 tahun.

Pelakon berusia 37 tahun itu akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Mumbai, kata peguamnya Srikant Shivade kepada Reuters. Para wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan tersebut.

Ahuja pernah memenangi anugerah Bollywood menerusi filem “Hazaaron Khwaishein Aisi” pada 2003. Dia tetap mengaku tidak bersalah sehingga proses penghakiman.

Sepanjang lebih 18 tahun sejak ditahan sehingga hukuman dijatuhkan, Ahuja sempat berlakon dalam sebuah filem, “The Accident” yang masih belum ditayangkan. - Reuters


PBO™: Hahahahah ini boleh mendatangkan "risau" pada sesetengah individu tertentu.. Boleh keluar TV ka? ssssshhhhhhh

Rabu, 30 Mac 2011

Nenek 7 cucu dihukum gantung sampai mati

KUALA TERENGGANU: Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 92.68 gram pada Ogos tahun 2009.







Tertuduh Mariah Hamadi, 59 dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Ogos 2009 pada jam kira-kira 3.45 petang di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat yang berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah hasil keterangan saksi-saksi pendakwa.

Katanya, walaupun peguam bela cuba menimbulkan keraguan dengan mengatakan tertuduh hanya membawa barangan itu yang dikirim oleh seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isinya, namun mahkamah mendapati ia tidak benar.

Beliau berkata, tertuduh dalam keterangannya sebelum ini mengatakan dia bersama suami hendak pergi ke Kuala Berang untuk menziarah seorang saudara suami yang belum pernah dikenali, dan singgah di masjid berkenaan untuk memberikan barang yang dikirim oleh Ida itu.

"Tetapi adalah tidak munasabah tertuduh sanggup melalui jalan pantai dari Rantau Panjang ke Kuala Berang dan singgah ke masjid itu kerana hendak menyampaikan barang yang dikirim itu kerana jaraknya agak jauh," katanya.

Malah, katanya tertuduh kelihatan pucat dan menggigil ketika ditahan oleh polis di kawasan masjid itu menunjukkan tertuduh tahu tentang isi barangan yang dibawanya itu.

Sehubungan itu, mahkamah mendapati tertuduh yang diwakili oleh peguam Tara Singh Delip tidak berkata benar dalam keterangannya dan sehubungan itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru dan bertudung berwarna gelap, tunduk ketika hakim menjatuhkan hukuman itu dan dilihat sempat menoleh ke arah keluarganya yang berada di galeri awam. - HM


Kos Selenggara Dua Kapal Selam Negara RM50 Juta Setahun

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.






Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu beliau berkata kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu)mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.

KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.

Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Feb tahun lepas.

Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar. (MS)


CUEPACS tuntut lima lagi perkara.

IPOH: CUEPACS akan memgemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk penghapusan gred 1 hingga 16 skim perkhidmatan, isu kenaikan pangkat dan pertukaran serta cuti termasuk kakitangan wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata perkara itu akan dikemukakan pada pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS bersama Ketua Pengarah JPA pada 4 April ini, berhubung pelaksanaan Sistem Penialian Kompetensi bagi menggantikan PTK.

TI sanggah Nazri isu "mi segera"

Berita terdahulu PBO ada mengatakan BN akan kalah jika tiada "mi segera" Puak ni mana berani untuk bertarung secara "halal" dengan pembangkang. Semua tempat puak ni nak balun.

Orang gila saja cakap adil. Kita bagi satu contoh agar puak ni jawab. Mana ada tv/radio yang boleh ditonton oleh semua rakyatMalysia untuk pembangkang? Mana sila sebut satu .. Itu pun kata adil. Mabuk ke apa.

Hari ini satu lagi badan mengeluarkan kenyataan bahawa "mi segera" itu adalah rasuah. Rasuah tetaprasuah walau disebut rasuah politik.

Buka mata luas-luas,BN tidak akan menang jika tiada "mi segera"

Jom tengok apa kata TI dalam akhbar portal







Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan.

Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh).

Bagaimanapun menurut Low, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah dan kita tidak ambil peduli kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil dengan peraturan tidak membenarkannya.

"Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” katanya.

Low berkata kedua-dua pihak - pembangkang dan juga parti pemerintah - melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.'

Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya.


dari

Gadis curi: Tudung kepala sekadar perhiasan

SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.









Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini. (KOSMO)


Benarkah Jackie Chan telah mati?

LOS ANGELES 30 Mac - Laporan yang menyatakan pelakon terkenal, Jackie Chan telah meninggal dunia adalah tidak benar dan beliau masih hidup dan sihat ketika ini, bertentangan dengan khabar angin yang tersebar di Internet semalam.

Laporan yang menyatakan pelakon seni bela diri terkenal melalui filem “Police Story” itu meninggal dunia akibat serangan jantung menyebabkan ramai peminat setianya terkejut.

Laporan daripada laman web Yahoo!7news dan berita Australia sebelum ini menyatakan pelakon itu meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital Los Angeles. - UM

Zunar: Kemunculan 'kartunis pelacur' jatuhkan martabat seni budaya

Saya kesal kerana sejak akhir-akhir ini semakin ramai muncul kartunis-kartunis yang sanggup melukis kartun yang membawa unsur fitnah. Kartun-kartun seperti ini banyak muncul menjelang pilihan raya kecil.







Terbaru, ahli parlimen Pembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar kanan) membuat laporan polis mengenai pengedaran kartun lucah yang disebar di kawasan Parlimen Lembah Pantai. Kartunis-kartunis yang menghasilkan kartun ini tidak mempunyai tanggungjawab moral kerana tidak berani untuk meletakkan nama sendiri atau nama pena di dalam lukisan mereka. Saya mendapat maklumat mereka dibayar sejumlah wang yang banyak untuk menghasilkan lukisan mengikut arahan pihak yang membayar.

Mereka melukis apa saja yang disuruh termasuk kandungan yang mempunyai fitnah dan pembohongan. Bagi saya, kartunis-kartunis seperti ini tidak ada bezanya dengan pelacur. Saya ingin mengingatkan para kartunis bahawa selagi karya-karya mereka disebar dan dibaca, selagi itu mereka tidak terlepas dari tanggungjawab.

Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan bagi kartunis untuk menyokong agenda mana-mana parti politik dalam kartun mereka, asalkan mereka bertanggungjawab terhadap kandungannya. Sesuatu karya yang bertanggungjawab mesti mempunyai tanda tangan pelukis. Nama pena sekiranya hendak digunakan mestilah mempunyai hubung-kait dengan kartunis dan bukan bertujuan mengelirukan identiti pelukis.

Kartunis mesti memahami sesuatu isu dari berbagai perspekstif sebelum mengambil pendirian mereka sendiri dan bukannya mengikut arahan orang lain. Kemunculan kartunis-kartunis pelacur ini telah menjatuhkan martabat seni budaya dan merendahkan kemampuan berfikir orang Malaysia. (MR)

*Kenyataan media oleh Zunar , kartunis politik di Malaysia.



BN akan kalah jika tiada mi segera"

SHAH ALAM 29 MAC : Pemberian projek yang lazimnya disebut mi segera semasa pilihanraya kecil menyalahi undang-undang dan tidak boleh dihalalkan atas alasan
membela rakyat, kata Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.








Beliau berkata pemberian projek, majlis makanan dan lain-lain semata-mata waktu kempen pilihan raya yang bertujuan mendapatkan undi rakyat harus ditolak
sebagai rasuah.

"Di mana dan apakah bantuan itu diberi dalam tempoh kempen? Dalam keadaan kapasiti apa, bentuk bantuan yang bagaimana dan apakah ucapan dan kenyataan-kenyataan
dibuat ketika (imbuhan) diberi harus diambilkira." kata beliau.

"Kalau semuanya menunjukkan bahawa adanya unsur kempen dan menggunakan kapasiti pegawai kerajaan dan menteri, maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan
mengikut akta kesalahan pilihanraya."

Syed Ibrahim mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz bahawa pemberian bantuan kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh
ditakrif sebagai rasuah.

Nazri memberi alasan bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah kerana kerajaan mahu memenuhi janji yang diberikan jika menang
PKR berkenaan.

Alasan itu kelihatan cara licik menteri berkenaan mengelak persoalan sama ada janji-janji itu adalah berupa sogokan terus kepada pengundi.

Syed Ibrahim berkata hakikat adalah pengundi disogokan dengan "gula-gula" pilihan raya demi memancing undi.

"Persoalannya adalah mengapa begitu banyak sekali bantuan yang berlaku dalam tempoh kempen pilihanraya itu? Bukankah itu boleh ditafsirkan sebagai satu
kaedah pembelian undi dengan cara mempengaruhi pengundi melalui pemberian bantuan ataupun barangan dan sebagainya," kata beliau

Tambah beliau, sesebuah negara yang bebas tidak sepatutnya berlaku keadaan di mana kerajaan hanya menyalurkan bantuan yang banyak apabila mempunyai kepentingan
dalam pilihan raya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang Hadi semalam mengatakan BN seolah-olah menanamkan persepsi bahawa rakyat harus mendoakan pilihanraya kecil untuk mendapatkan
prasarana dan imbuhan lain daripada pemerintah. (tvs news)

PKR bantah 'Datuk T' dilindungi undang-undang

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli-ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof seperti dilapor KeadilanDaily berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.







“Apabila perlindungan diberi kepada trio ‘Datuk T’, ia menjadikan Anwar sebagai suspek,” kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.

Yusmadi turut merujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.

Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.

Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.

Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).

Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

sumber klik sini

Ini jawapan Nazri:

KUALA LUMPUR: Trio Datuk 'T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.
Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan. "Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu (Akta Pemberi Maklumat) tidak boleh dipakai lagi ke atasnya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
"Sesiapa sahaja yang pergi kepada akhbar atau menzahirkan kepada akhbar
tentang maklumat, maka tidak boleh dilindungi. Maka apa yang saya katakan
sebagai 'kemungkinan' sebelum ini, tidak lagi boleh dipakai," katanya.
Semalam, Mohamed Nazri berkata trio Datuk 'T' yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Mohamed Nazri turut menegaskan tidak wujud campur tangan dari pihak kerajaan
dalam siasatan yang dijalankan terhadap kes itu seperti yang didakwa oleh pembangkang.
Katanya pertimbangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi
menyiasat rakaman video seks itu hanya akan diputuskan selepas siasatan penuh
mengenai perkara selesai dijalankan.
"Paling terbaik sekali adalah serah kepada polis untuk menyiasat dan tunggu keputusan siasatan, barulah kita tahu apa tindakan selanjutnya," katanya.
Menjawab desakan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang mahu kerajaan
segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja, Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak takut
untuk menubuhkan suruhanjaya itu sebaliknya masih menunggu hasil siasatan polis.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - BH

sumber klik sini

Selasa, 29 Mac 2011

Mesti baca: KenapaTimbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti?

PBO petik darimStar yang memaparkan mengenai mamat ni yang keluar PKR.

Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.

“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?

Ni PBO nak tanya, puak mana yang beriya-iya menentang rasuah sedangkan satu pihak lagi menjadikan rasuah sebagai makan utama?







Puak mana yang membela nasib rakyat dengan buku Jingga sedangkan yang satu lagi terus menerus mengatakan negara akan terus bankrup jika melaksanakan buku Jingga? Untuk siapa? bukan rakyat atau untuk monyet dalam hutan?

PBO nak tanya lagi. Puak mana yang menentang penyelewengan dalam urusan pentadbiran? Ketirisan dan mengkayakan kroni?

Puak mana yang menentang pembaziran wang rakyat yang sepatutnya boleh menampung rakyat jelata?

Puak mana yang berusaha agar tidak dibebani dengan kenaikan kos sara hidup sedangkan puakyang lagi satu menaikkan pelbagai cuakai dan tol?

PBO naktanya lagi,selama ni dalam PKR apa yang mamat ni perjuang? Perut sendiri atau rakyat? Apa matlamat sebenar?

PBO nak tanya korang ada lagi nak tambah? Silakan tambah diruang komen.

PBO hormat kalau mamat ni nak keluar parti. Tapi jangan tunjuk sangat kurang cerdik. Lu nak keluar parti, lu keluar.

PBO nak tanya, apa maksud petikan ni?

“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.

PBO kata parti KITA akan mesra kerajaan? Ka kah kah kah ... Alamak, jangan bagitau PBO yang KITA dah jadi sebahagian BN.

Akhir kalam, keluarlah dari PKR jika itu yang mamat ni mahu. Teruskan membela rakyat bukan kepentingan tertentu. Semoga berbahagia di tempat baru.

MELAKA:pelajar mengaku buat seks dalam tandas

PBO nak tanya siapa yang lebih harus dipersalahkan?

1. Ibu bapa yang kurang mengambil berat dan terlalu spoting dengan anak-anak?

2. Guru yang tidak mengajar dan menitikberatkan pelajaran agama yang betul?

3. Masyarakat yang tidak suka ambil jaga tepi kain orang?

4. Atau kerajaan yang gagal membentuk bangsa yang berjiwa Islam?

Memang semua faktor tersebut menjadi punca. Namun apakah yang patut kita lakukan? Semoga menjadi ikhtibar terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak. Lihatlah anak-anak anda!








MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih seks sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai ‘port asmara’ dengan kekasihnya. Gambar fail

Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama.

Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan seks bersama teman lelakinya.

Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya.

Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan seks dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.

“Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan hubungan seks bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

“Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom a RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.

“Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu,” katanya.

Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu.

“Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan. (HM)

Fitnah video: Anwar jangan seronok sangat ...

PBO kata Anwar jangan seronok sangat seminggu dua ni sebab kemungkinan ada 18 lagi video seks akan didedahkan oleh puteri lawak.

Nampak macam seronok sikit sebab banyak hujah yang dapat dipangkah dengan bergaya oleh PKR.
Anwar kata jangan pedulikan sangat isu fitnah tapi tumpukan pada pilihanraya dan matlamat pembangkang untukmenawan Putrajaya. Hoi Hai hai hai, macam mana pakatan rakyat. Ada harapan menang kat Sarawak?

Ada berapa hari lagi untuk penamaan calon. Agihan kerusi pilih orang yang tak kemaruk dengan duit. Nanti kena "kebas" lagi.

Apa kata Anwar mengenai perhimpunan semalam?






Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir parti lawan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Menurut Anwar, taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu.

"Isu dia apa?Isu dia kesediaan Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan. Dan ini langkah terakhir Barisan Nasional guna apa juga cara yang mungkin. Tipu helah, jijik untuk halang bukan kami di atas pentas, tapi kemaraan rakyat Malaysia."katanya.

Anwar berkata demikian dalam pidato khas di Majlis Solat Hajat dan Pidato Khas menangani isu video lucah di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam.

Hampir 20 ribu hadirin hadir memberi sokongan kepada Anwar yang dituduh Datuk T selalu mengerjakan perkara keji seperti melanggan pelacur.

Minggu lalu, Anwar membuat satu laporan polis ierikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di negara ini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Walaupun Polis menyatakan telah mendapatkan keterangan daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Syazryl Eskay Abdullah, hakikatnya mereka tidak pernah ditahan.

Anwar turut mempertikai cubaan Rahim yang juga Bekas Ketua Menteri Melaka yang digambarkan yang muncul mempersoalkan moral Anwar walau hakikatnya Rahim dibelenggu pelbagai masalah.

"Dalam kes Chua Soi Lek siapa edar ditangkap. Tapi dalam kes ini siapa edar diraikan.Dan kebetulan orang yang diraikan Rahim Tambi Chik. Ini tokoh akhlak baru yang diperjuangkan UMNO BN sebagai pejuang moral baru Rahim Thamby Chik."katanya.

Anwar turut meminta penyokong beliau tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul. (tvsnews)



Google Search

Fitnah video: blogger UMNO, Utusan kantoi lagi!

Fitnah lagi! Pusing lagi! Itulah mainan dan sajian puak-puak pencacai apabila bau haprak fitnah semakin terbongkar.

Isu di mana Anwar sewaktu rakaman video yang mirip Anwar telah dihebohkan dan dipaksa seluruh jelata untuk mempercayainya. Namun akhirnya najis fitnah yang diramas dipalitkan sendiri ke muka sendiri.

Kantoi! PBO kata kantoi! Takkan puak-puak ni tak tau perbezaan masa? Aha .. jangan pi rasuah twitter pulak kalau nak tegakkan benang yang basah.











Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini menyifatkan Utusan Malaysia dan blogger upahan Umno sebagai dangkal dan berniat jahat kerana terus mempersoalkan catatan Twitter dan Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit fitnah video lucah.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata akhbar milik Umno dan blogger upahan parti itu membuat tuduhan melulu tanpa menyedari pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di laman Facebook.

Sabtu lalu, Rafizi memberi bukti bahawa Anwar membuat 9 pesanan melalui akaun Twitter yang turut dipamerkan di Facebook, bermula jam 10:38 malam pada 21 Februari 2011.

Video lucah itu kononnya dirakam di sebuah hotel di Kuala lumpur dari jam 10.23 hingga 10.45 malam.

Pesanan-pesanan di alam siber itu secara jelas menunjukkan mustahil Ketua Pembangkang adalah pelaku video lucah sebagaimana yang difitnah oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Shazryl Eskay Abdullah.

Utusan Malaysia tidak menyiarkan kenyataan Rafizi itu kelmarin atau pun semalam.

Sebaliknya akhbar milik Umno dan blogger upahan parti itu mendakwa kononnya Anwar hanya mula menghantar pesanan pada jam 11:40 malam itu dengan merujuk kepada laman Twitter Ketua Pembangkan, dan waktu itu di luar tempoh video fitnah berkenaan dirakam.

Rafizi berkata dengan menjual hujah sebegitu kepada orang awam, Utusan Malaysia dan bloger upahan Umno jelas hanya berniat memfitnah Anwar.

“Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di laman Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger UMNO mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran,” kata Rafizi.

“Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan isu itu” kata beliau.

“Tekaan saya tepat. Utusan Malaysia dan blogger-blogger UMNO tanpa usul periksa terus memutarbelitkan perbezaan satu jam itu. Mereka tidak sedar bahawa tindakan itu mengiyakan pandangan umum bahawa mereka tidak pernah meletakkan kebenaran sebagai asas dalam laporan mereka,” tambah Rafizi.

Rafizi menjelaskan perbezaan satu jam pada 21 Februari 2011 itu boleh diterangkan dengan mudah sekiranya mereka benar-benar memahami konsep “daylight time saving” yang diamalkan di Amerika Syarikat dan bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi.

Masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan, kerana Facebook merujuk kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi atau laptop semasa akaun dibuka.

“Oleh sebab itu, berbeza dengan akaun Twitter, Facebook tidak membenarkan pengguna menetapkan zon masa kerana rujukan masa dibuat secara terus kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi pengguna,” kata Rafizi.

“Oleh itu, mereka yang arif mengenai teknologi maklumat tahu bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan di mana pengguna Facebook berada,’ jelas beliau.

Rafizi berkata berbeza dengan Facebook, laman Twitter merujuk kepada masa di dalam pelayannya (server) di San Francisco, Amerika Syarikat.

Masa setiap pesanan dibuat oleh pengguna dari seluruh dunia akan merujuk kepada masa di pelayannya kemudian ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia.

Oleh sebab itulah, laman Twitter menetapkan bahawa pengguna perlu memilih zon masa apabila mula-mula membuka akaun.

Rafizi berkata proses itu melibatkan isu perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia dengan San Francisco, Amerika Syarikat.

“Ini akan memberi kesan kepada perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia, apabila jam diubah di Amerika Syarikat mengikut “daylight saving’ yang bermakna masa di pelayan laman Twitter juga akan berubah.” kata beliau.

Rafizi menjelaskan bagi musim sejuk (November hingga Mac di Amerika Syarikat), perbezaan masa antara San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam.

Setiap pesanan yang dibuat ke laman Twitter dalam tempoh masa itu akan berbeza selama 16 jam dan pelayan laman Twitter akan secara automatik mengira waktu di tempat asal berdasarkan perbezaan 16 jam itu.

Sebagai contoh, pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari 2011 adalah bersamaan dengan jam 7:40 pagi di San Franciso (kerana jam Malaysia tidak diubah mengikut daylight saving).

Tetapi pelayan Twitter akan menambah 16 jam, maka masa yang dipamerkan di laman Twitter adalah satu jam lebih cepat iaitu 11:40 malam (kerana Malaysia tidak mengubah jam seperti di Amerika Syarikat) kata Rafizi.

Rafizi seterusnya menjelaskan apabila jam di Amerika Syarikat diubah semula bermula pada hari Ahad kedua bulan Mac mengikut daylight saving, perbezaan di antara zon masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam.

“Maka, pesanan yang dibuat ke laman Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan, “ kata beliau.

“Perkara yang semudah ini tidak dapat difikirkan secara rasional oleh Utusan Malaysia dan blogger UMNO kerana mereka taksub dan tenggelam dengan fitnah mereka sendiri,” kata Rafizi,

“Mereka lupa prinsip mudah iaitu yang bertukar jam adalah pelayan Twitter di San Francisco kerana Amerika Syarikat menggunapakai sistem daylight saving sedangkan Malaysia tidak,” tambah beliau.

Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh laman Facebook yang menggunakan masa tempatan mengikut masa komputer peribadi dan laptop masing-masing adalah masa yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan satu jam (di Twitter) akibat perubahan waktu di Amerika Syarikat menggunakan kiraan daylight saving.

Rafizi turut menggunakan pesanan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 5 Disember 2010:

Beliau menghantar pesanan melalui laman Twitternya bahawa “PM @NajibRazak sedang memberi ucaptama di Konvenseyen BN”. Laman Twitter mempamerkan masa pesanan itu dibuat pada jam 9:55 pagi iaitu satu jam lebih cepat dari yang ditunjukkan oleh laman Facebook beliau.

“Saya jemput Utusan Malaysia dan semua blogger UMNO untuk menyemak kembali aturcara Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 dan mereka perlu menerima hakikat bahawa ucaptama Perdana Menteri bermula sekitar jam 8:30 pagi, sekaligus membuktikan bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah tepat,” kata Rafizi.

Rafizi berkata penutupan fakta-fakta ini oleh Utusan Malaysia dan tindakan Perdana Menteri dan UMNO yang mengalih perhatian kepada video seks lucah tanpa mengambil hukuman berat ke atas dalangnya, “membuktikan bahawa ia satu lagi konspirasi jahat UMNO.”

“Isunya bukanlah perbezaan satu jam atau aktiviti Twitter Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Isunya adalah nama dan maruah negara yang dimalukan kerana cubaan fitnah ini. Isunya adalah perlakuan jenayah oleh beberapa orang kuat UMNO yang sehingga kini masih bebas dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa,’ tegas Rafizi.

“Isunya adalah tindakan pihak berkuasa membenarkan kegiatan jenayah itu berlaku di tempat awam yang rapat dengan kerajaan. Isunya adalah perlakuan rasuah yang cuba membeli Ahli Parlimen KEADILAN yang sehingga kini belum diambil tindakan oleh SPR mahupun SPRM,’ tambah beliau.(tvsnews)


Murid dakwa ditumbuk guru di P.Pinang.

BUTTERWORTH - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Perai di sini trauma untuk ke sekolah selepas mendakwa ditumbuk di kepala oleh seorang guru pada Jumaat lalu.

Nur Ummi Aishah Ismail, 11, berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 pagi ketika dia berada di bilik darjah mengikuti mata pelajaran Matematik.






Katanya, tidak lama kemudian dia dan murid-murid lain diminta membuat latihan oleh seorang guru lelaki.

"Apabila cikgu tengok jawapan saya salah, dia terus menumbuk bahagian atas kepala saya lima kali berturut-turut sehingga saya sakit dan terasa mahu pitam.

"Ketika saya kesakitan, cikgu menarik pula telinga kanan saya hingga saya hampir terjatuh dari kerusi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Dalam di sini semalam.

Dakwa Nur Ummi Aishah, guru berkenaan sering memukul murid-murid lain apabila mereka gagal menjawab soalan latihan yang diberikan.

Sementara itu, ibu murid berkenaan, Jamaliah Maani, 39, berkata, dia dan suaminya, Ismail Abdllah, 60, telah mengadu kepada pihak sekolah selain membuat laporan polis pada hari kejadian.

"Saya tak kisah kalau cikgu nak pukul anak saya dengan tujuan mendidik tapi kalau sudah sampai tumbuk kepala banyak kali, itu melampau," katanya.

Ujarnya, anaknya takut untuk ke sekolah kerana bimbang dimarahi guru berkenaan kerana tindakannya mendedahkan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Abu Bakar Muaz memberitahu, pihaknya akan meminta laporan lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah berkenaan.

sumber klik sini

Artis penipu kebas duit orang ramai

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mualaf yang pernah berlakon dalam beberapa drama Cina terbitan produksi tempatan, rupa-rupanya turut bijak ‘berlakon’ apabila
memperdaya ribuan mangsa menyertai skim perniagaan jualan langsung (MLM) dianjurkannya, menyebabkan mangsa kerugian hampir RM50 juta.

Dia yang dikenali dengan nama K dan berusia awal 40-an, bijak memperdayakan mangsa melabur skim MLM didalanginya apabila menjual nama kerabat diraja sebuah negeri di Pantai Timur dengan mendakwa dia anak angkat keluarga diraja.







Selain itu, K bijak memanipulasi statusnya sebagai saudara baru menyebabkan skim pelaburan dianjurkannya mudah mendapat ahli dengan jumlah keahlian mencecah 30,000 orang termasuk dari Indonesia dan Thailand.

Kebanyakan mangsa adalah kakitangan kerajaan dan warga emas yang terpengaruh apabila K mendakwa mampu memberi pulangan keuntungan sehingga 60 peratus daripada modal permulaan RM3,700 satu lot.

Penipuan K didedahkan tiga mangsanya, Mohd Fahmi Anuar, 32, Adam Lim, 31, dan Adlan Shah Haris, 35, yang membuat aduan kepada Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Mereka yang mengetuai ahli kumpulan pelaburan terbesar di Johor dan sekitar Lembah Klang berkata, K juga meyakinkan pelabur dengan memaklumkan syarikatnya mempunyai lombong berlian di Kanada dan kilang pemprosesannya di China.

Menurut Mohd Fahmi, pada mulanya dia musykil, tetapi selepas diberi penerangan kononnya pelaburan itu mempunyai lesen sah selain melihat K menggunakan kereta mewah bernombor VIP yang didaftarkan dengan alamat istana, dia tidak teragak-agak mencuba nasib.

“Saya mengajak rakan lain melabur dan gembira apabila menerima pulangan pertama seperti yang dijanjikan selepas sebulan melabur.

“Namun, sejak Oktober tahun lalu sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang bayaran dan setiap kali menelefon K tidak pernah berjawab,” katanya yang mendakwa mengalami kerugian RM250,000 melalui dua pakej yang disertai.

Mohd Fahmi berkata, dia bersama rakan lain pergi ke rumah K tetapi mendapati rumah lelaki itu dikawal ketat dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) selain dipasang pagar berduri.

“Saya yakin lelaki itu masih tinggal di rumah berkenaan berdasarkan kereta dan keadaan rumah yang kemas tetapi dia sengaja berbuat demikian kerana enggan bersemuka dengan kami yang ‘mengejarnya’ sejak lapan bulan lalu,” katanya.

Katanya, ramai pelabur mengalami kerugian dan ada antara mereka sanggup menjual kebun, membuat pinjaman bank, menjual barang kemas dan juga meminjam daripada along.

Adlan Shah pula berkata, banyak janji K tidak ditepati malah pelbagai alasan direka bagi melepaskan diri.

“Awalnya kami dimaklumkan proses pembayaran mempunyai sedikit masalah selepas berlaku pertukaran dalam sistem elektronik bagi penambahbaikan dan dia meminta kami menunggu hingga hujung bulan.

“Dia berjanji membayar tunggakan keuntungan kepada ahli melalui pembayaran cek sebaik saja masalah membabitkan sistem itu selesai tapi sehingga sekarang kami tak mendapat apa-apa,” katanya yang mendakwa kerugian hingga RM4 juta, hasil pelaburan bersama beberapa orang bawahannya.

Menurutnya, K juga bijak memerangkap ketua kumpulan sepertinya untuk melepaskan diri daripada dimarahi ahli.

“Selepas cek keuntungan diserahkan kepada ketua kumpulan K akan memaklumkan kepada semua ahli kononnya bayaran dibuat. “Namun, belum sempat kami menunaikan cek dia membekukan akuan bank menyebabkan cek tidak boleh ditunaikan, tapi ahli memarahi kami kerana menyangka dia benar-benar memberikan duit,” katanya.

Adlan Shah juga mendakwa, K memeluk agama Islam hanya sebagai usaha untuk meyakinkan mangsanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan laporan itu.

sumber klik sini