Ahad, 18 November 2018

Kenapa PAS dan UMNO tak berarak pasal 1MDB

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyindir Umno dan PAS cuba jadi "juara Melayu" berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) meskipun berdiam diri berhubung skandal 1MDB.

"Kini Umno dan PAS cuba cuba membela (hak Melayu). Tapi apa sikap mereka berhubung dana 1MDB yang dicuri?

"RM30 bilion perlu dipulangkan, tapi mereka berdiam diri. Kini mereka mahu jadi juara Melayu," katanya dalam ucapan sulung sebaik menjadi Presiden PKR pada kongres parti itu di Shah Alam hari ini.

Umno dan PAS sebelum ini mengkritik kerajaan yang mahu meratifikasi Icerd. Kedua-dua parti itu semalam mengumumkan akan mengadakan himpunan bantahan bersama di Kuala Lumpur pada 8 Disember.

Dalam ucapannya, Anwar bagaimanapun mengulangi bahawa sekarang "bukan masa yang sesuai" untuk meratifikasi Icerd.

"Ini merupakan kerajaan baru, kita perlu pastikan Pakatan Harapan dan perdana menteri mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat.

"Bagi saya, ratifikasi ini boleh ditangguhkan. Saya akan bangkitkan perkara ini sekali lagi dalam mesyuarat PKR.

"Kita perlu beri ruang kepada orang Melayu untuk menyatakan pendapat mereka, termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak, dan sekiranya mereka kata ia menyebabkan banyak ketegangan, kita perlu tangguhkan.

"Kita masih belum selesaikan masalah ekonomi. Mari kita selesaikan isu ini dulu," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Yang malangnya berkaitan 'perkahwinan' pas dan umno, bukan umno makin menghayati ajaran islam syumul tapi lebai pas yg makin melayu rasis ekstrim!!