Rabu, 4 Julai 2018

Tommy Thomas vs Shafee Abdullah, siapa lebih handal!

Thommy Thomas vs Shafee Abdullah. Mana lebih handal? Menconteng Untuk Perubahan™ cuba mencari maklumat kedua-dua peguam tersebut.

Pengalaman luas kedua-dua peguam membuatkan rakyat ternanti-nanti penghujahan akhir mahkamah. Tetapi bila, sudah tentu makan masa yang panjang.

Berikut adalah biodata Thommy Thomas dan Shafee Abdullah.

Tommy Thomas



Beliau merupakan seorang pakar undang-undang dan perlembagaan. Juga sering terlibat dalam kes-kes ligitasi sivil mahkamah berkenaan undang-undang komersil, korporat, banking, kewangan dan juga hal undang-undang pentadbiran yang lain.

Beliau juga pernah berkhidmat bersama dengan komuniti perundangan di semenanjung malaysia apabila terlibat dengan Malaysia Bar Council sebagai ahli dari tahun 1984-1988 dan 1993-2001 dan sebagai setiausaha Bar Council pada tahun 1995-1997.

Telah terlibat dunia peguam di Malaysia selama lebih 42 tahun dan pernah terlibat dengan United Kingdom Bar Associations dan Malaysia Bar

Biodata Wiki Penuh

Nama Penuh : Tommy Thomas
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 1952

Pendidikan :
1. Pasar Road English School
2. Victoria Institution
3. Graduate law at the University of Manchester
4. Sarjana Perhubungan Antarabangsa di London School of Economics

Pencapaian dan kes high profile:

Beliau banyak terlibat dengan kes-kes berprofil tinggi sejak dari tahun 80-an lagi. Antara kes dan pencapaian beliau.

1. Mempunyai Law Firm sendiri – Tommy Thomas Advocates & Solicitors
2. Antara anak guam beliau adalah pemfailan kes saman membabitkan Kerajaan Negeri Kelantan yang pada ketika itu diwakili oleh Menteri Besarnya, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi menuntut tunggakan royalti minyak yang didakwa tidak dibayar sejak 1998 di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Dagang pada pukul 9.25 pagi Isnin 30 Ogos 2010.
3. Selain itu beliau juga pernah mewakili Lord President Mahkamah Agung Malaysia (Supreme Court) Tun Mohamed Salleh Abas yang merupakan antara satu daripada enam hakim yang digantung dan dipecat semasa era pemerintahan Tun Mahathir yang mengakibatkan terjadinya krisis kehakiman dan perlembagaan 1988.
4. Beliau juga terlibat di dalam kumpulan perundangan untuk Speaker DUN Perak V.Sivakumar semasa krisis perlembagaan Perak 2009.
5. Tommy Thomas juga antara lain berjaya mempertahankan sekretariat pemantau Bersih 2.0 (tanpa bayaran) dalam satu tuntutan mahkamah oleh pihak kerajaan Barisan Nasional dalam menuntut gantirugi awam sebanyak RM110,543.27 semasa berlangsung nya demonstrasi Bersih 2.0 di mana Mahkamah Persekutuan (Federal Court) telah menolak permohonan rayuan kerajaan terhadap Bersih pada 19 Januari 2017.

Menconteng Untuk Perubahan™

Shafie Abdullah


Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Shafee Bin Muhamad Abdullah merupakan seorang peguam terkemuka di Malaysia. Beliau mula berkhidmat sebagai peguam pada 26 April 1985. Beliau pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik oleh Abdul Gani Patail pada 11 Julai 2014 mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) - badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik. Pemimpin negara-negara ASEAN turut hadir sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 di Hua Hin, Thailand.

Nama Shafee dicadangkan oleh Wisma Putra dan diterima Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau diharap dapat mempertahankan Malaysia daripada sebarang tuduhan serta melaksanakan tugas dengan berkesan.

Pada 13 Januari 2012, Shafee Abdullah menjadi peguam kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kes saman fitnah dan menghina mahkamah melibatkan penulis blog Amizudin Ahmat. Pada 31 Jan 2011, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember 2010.

Pada 18 April 2012, portal online Malaysiakini mendedahkan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April 2012. Kandungan surat beliau didedahkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012. Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan tugas perundangan sensitif di luar negara yang mesti diselesaikan sebelum pilihan raya umum. Antara lokasi kunjungan beliau ialah New York, London, Dubai, Paris dan Basel, Switzerland.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz tidak dapat mengesahkan surat permohonan bertarikh 23 Mac 2012 berhubung pengecualian perbicaraan di dalam tempoh tersebut.

Membela Abdul Razak Baginda[

Beliau ialah salah seorang peguambela kepada Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Beliau turut antara individu yang menyebabkan UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1986, dengan mewakili pihak yang kemudiannya menubuhkan parti Semangat 46, ketika berlaku kemelut dalaman UMNO pada ketika itu.

Datuk seri Anwar pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya.bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga menyatakan bahawa tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan. Menurut Mingguan Malaysia Shafee sanggup bersumpah di tanah suci Mekah bagi membuktikan Anwar bersalah .

Selepas perbicaraan , Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun. Ternyata Shafee selaku pendakwaraya menang kes .
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Shafee_Abdullah

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

dot com berkata...

Shafee Abdullah hebat bila ada kowtim dengan hakim dan pemerintah. Lihatlah kes Anwar...dia bully pembela Anwar dengan sokongan najib dan hakim. Lagi satu...kalau kamu ikhlas ialah benarkah dia ni melayu...perhati baik-baik!!!!

Tanpa Nama berkata...

fakta dlm kes aljuboori yg rakyat tak tahu bicara tertutup akhirnya terbongkar bila 4 cm tettanam dlm lubang jubo lansung tak dicabar peguam anwar... yg sllu kowtim ni petangai atok kau....!!

kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Hakim rupanya ada kepentingan peribadi. Adik kepada exco Umno Pahang yang akaun mereka sedang dibekukan. Tak berbaloi jika Najib dibicarakan dengan hakim macam ini. Langsung tak ada ketelusan dan integriti badan kehakiman Malaysia.