Jumaat, 19 Mei 2017

Trend baru- Bercerai tapi masih serumah

PAS TERBUKTI SAYANG JAWATAN!!

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengambil ketetapan tiga Exco daripada parti itu tidak akan melepaskan jawatan daripada kerajaan negeri Selangor, meskipun hubungan dengan PKR sudah ditamatkan.

Alasannya ialah kerana mereka mendakwa kedudukan wakil Pas itu adalah atas lantikan Sultan Selangor dan selagi perkenan itu tidak berubah, selagi itulah Pas tidak perlu membuat apa-apa perubahan mengenainya.

Selain itu, meskipun Pas yang memutuskan hubungan dengan PKR, parti itu sebaliknya menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk membuat keputusan berkaitan tiga Exco berkenaan.

Kata Tuan Ibrahim selepas mesyuarat, “Seperti dimaklumkan sebelum ini, mereka dilantik sebagai Exco oleh Sultan Selangor.

“Biarlah pentadbiran berjalan dengan lancar dan kita tidak ingin mengganggu. Jika ada keputusan baru, kami akan maklumkan."

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pula berkata, pendirian Pas ini bertepatan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang memperuntukkan kedudukan Exco adalah di tangan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sultan.

"Ia terpulang kepada Sultan, dan sudah tentu setelah mendapat cadangan daripada Menteri Besar. Itu prosedur,” katanya lagi.

Namun demikian, meskipun mengatakan Exco akan kekal selagi mendapat perkenan Sultan, Takiyuddin turut mengakui Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang sama membenarkan mana-mana Exco yang mahu meletak jawatan untuk berbuat demikian pada bila-bila masa.

Namun, tambahnya, soal meletakkan jawatan tidak timbul buat masa ini.

Jadi, apa yang boleh dikata tentang pendirian terbaru Pas ini?

Sayang kedudukan, kebuloq jawatan atau terasa rugi melepaskan segala nikmat dunia yang boleh dikata lumayan?

Mengapa masih mahu bergayut di sebalik perkenan Sultan dan menyerahkan kepada Azmin untuk membuat keputusan sedangkan pilihan untuk berundur dan meletakkan jawatan secara sukarela tidaklah merupakan kesalahan?

Sekali lagi - sayang kedudukan, kebuloq jawatan atau terasa rugi melepaskan segala nikmat dunia yang boleh dikata lumayan?

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Khalil Hadi yang merupakan anak kepada Hadi Awang berkata, keputusan parti itu memutuskan hubungan dengan PKR adalah tepat.

Katanya, Pas tidak perlu berfikir panjang mengenainya kerana ia berkaitan dengan prinsip prinsip perjuangan parti yang sudah dilanggar.

"Pas adalah sebuah parti bertunjangkan politik Islam yang asasnya adalah politik yang benar.

"Jadi kita lihat keputusan menamatkan hubungan dengan PKR itu adalah keputusan yang tepat," katanya lagi.

Salah seorang Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dilaporkan berkata, Pas sanggup memutuskan hubungan, baik dengan PKR atau DAP bersandarkan rasa tanggungjawab kepada Allah.

“Kita buat ini bukan atas dasar politik, sebaliknya tanggungjawab kita terhadap agama Allah.

“Tetapi ini adalah tanggungjawab kita. PAS ini bukannya parti oportunis,” kata beliau dalam ceramah di Kampung Pandan malam tadi.

Apa pula yang boleh kita tafsirkan daripada kenyataan dua pemimpin Pas ini jika dikaitkan dengan keputusan tidak mahu berundur daripada kerajaan negeri Selangor, walaupun mereka sendiri yang memutuskan hubungan?

Kata kedua-dua mereka, memutuskan hubungan dengan PKR adalah keputusan tepat dan atas rasa tanggungjawab kepada Allah.

Tetapi, bagaimana dengan tindakan tidak mahu melepaskan gaji, ganjaran dan pelbagai kemudahan lain daripada pihak yang sudah diputuskan hubungan itu?

Adakah ia juga keputusan yang tepat dan turut dibuat atas nama Allah?

Daripada keputusan Muktamar di Kedah, kemudian Majlis Syura dan diserahkan kembali kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, soal lain semuanya berani dilakukan, kecuali yang berkait dengan gaji, ganjaran dan kemudahan berbentuk wang untuk menyara nikmat keduniaan. (ShahbudinHusin 18/05/2017)
Shahbudin Husin at 18:20

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2017/05/pas-terbukti-sayang-jawatan.html?m=1

RUANG PENGIKLANAN MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Peluang Bisnes Terkini ! Jana Pendapatan LUMAYAN Dengan Set Berus Gigi "Ajaib" Teknologi "EMAS" Cukupkah Gaji Anda? Nak Extra Income Cara Mudah!!! Limited Offer! SMS/watsap 016-5221533 IKLAN TEKS IKLAN TEKS IKLAN TEKS

5 respon:

Paul Baggio berkata...

Trend Baru! Ngaku berugama Islam, tapi tak nak sokong Undang-Undang Islam!

Tanpa Nama berkata...

Dah bercerai, tapi sayang nak lepas nikmat lendir jimak

Taosuo berkata...

Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata :
" Alasannya ialah kerana mereka mendakwa kedudukan wakil Pas itu adalah atas lantikan Sultan Selangor dan selagi perkenan itu tidak berubah, selagi itulah Pas tidak perlu membuat apa-apa perubahan mengenainya. "
Soalannya apakah satu : kedudukkan wakil PAS atas lantikkan Sultan atau
dua : atas perkenan Sultan.
Yg mana satu yg betul ni...?
Atau perkataan2 'lantikkan' atau 'perkenan' membawa erti yg sama..?
Setiausaha Agong parti kamu pula dilapor menjelaskan sedemikian "...pendirian Pas ini bertepatan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang memperuntukkan kedudukan Exco adalah di tangan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sultan."
Gue ulang "...kedudukkan Exco adalah di tangan Menteri Besar..."

Antara dua 'pemimpin' PAS ini yg mana satu betul ?
atau kenapa tidak sekata...?
Mohon pencerahan.

powertrain1648 berkata...

Masih lagi bodoh...dulu kene kencing dgn mahazalim...skrg kene kencing lg dgn maha alom

Unknown berkata...

Tapi masih nak makan gaji dengan orang yang mereka kata tak memerintah dengan betul. Lawak nya haha