Rabu, 23 November 2016

Berpuluh ribu dibuang kerja, potong gaji sertai BERSIH 5?

Ketua setiausaha negara berkata, kakitangan kementerian yang terlibat dalam perhimpunan itu dikesan menerusi rakaman CCTV dan gambar dalam media sosial.

SEPANG: Semua kementerian diminta mengenal pasti kemungkinan pegawai dan kakitangannya terlibat dalam perhimpunan Bersih 5.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata demikian apabila dimaklumkan terdapat “1 atau 2 penjawat awam’ dipercayai pensyarah, terlibat dalam perhimpunan itu.

“Penglibatan mereka (individu dipercayai pensyarah) dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan juga gambar dalam media sosial. Saya sudah minta kementerian yang berkaitan melihat sekiranya pegawai-pegawainya terlibat.

“Bagaimanapun, perkara ini perlu disahkan. Kita tidak boleh terus mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan CIO Convex Sektor Awam 2016 di sini hari ini.

Ali berkata hukuman yang akan diambil terhadap penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan itu bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Minggu lepas, Ali mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan yang tidak diluluskan pada Sabtu dan boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.


Gaji kamu dibayar oleh pembayar cukai dan hasil mahsul negara. Pembayar cukai pun terdiri daripada pembangkang. Kamu jangan jadi lahabau. penjilat tegar makan dedak.

Nanti seluruh keturunan kamu akan disumpah seranah 7 keturunan

Apa yang salah demo mengikut perlembagaan

yang tak lulus tu kerja politik UMNO

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

hamsa ni berkerja dengan siapa...????? dengan Kerajaan Malaysia atau dengan umno-bn...????? ...nampak gayanya berkerja dengan umno-bn .... so suruh umno-bn bayar gaji dia ....jangan bagi gaji yang Kerajaan Malaysia bayar......

Tanpa Nama berkata...

Biar lah silahabau ini buat sesuka hatinya. Nanti dia terima hukumannya diakhirat.