Rabu, 27 Julai 2016

Lahabau

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan mengulas laporan polis yang dibuat Pemuda Umno terhadap mereka hari ini.

Ditemui pemberita di Majlis Penghargaan Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM malam tadi, Abu Kassim dan Zeti, yang hadir sebagai tetamu majlis, tidak mahu memberi sebarang kenyataan walaupun diasak bertalu-talu oleh pemberita.

“Saya tidak mahu mengulas perkara itu malam ini. Saya akan beri kenyataan esok (rabu( berkenaan laporan polis itu,” jawab Abu Kassim.

“Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa penasihat undang-undang saya,” kata Zeti pula.

Pemberita cuba memancing respon daripada Abu Kassim yang bakal bersara tidak lama lagi, dengan memetik gesaannya kepada media supaya mencari kebenaran sesuatu isu.

“Cerita sebenar? Dapatkan daripada mereka (Pemuda Umno),” jawabnya ringkas sebelum beredar.

Tengah hari tadi, Pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Abu Kassim, Zeti dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan mendakwa mereka terlibat dalam perancangan untuk menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dilaporkan berkata, mereka bertiga disyaki memberikan maklumat sulit kepada agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tanpa kebenaran.

Beliau juga mendakwa sebahagian maklumat tersebut direka, dipalsukan dan diputarbelit bagi “mencapai tujuan-tujuan jahat”.

Ia berikutan langkah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman sivil untuk menyita aset yang terlibat dalam atau boleh dikesan kepada konspirasi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: