Jumaat, 20 November 2015

Telur Penyu: Ini jawapan Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tidak wajar membuat andaian beliau memakan semua hidangan di atas meja, susulan kontroversi telur penyu yang dihidangkan semasa beliau menghadiri satu majlis makan malam Umno di Sandakan baru-baru ini.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu menggunakan analogi daging lembu yang tidak dimakan penganut agama Hindu bagi menjelaskan beliau tidak memakan telur penyu yang terhidang.

"Orang Hindu di Malaysia tidak akan makan daging tersebut. Jangan buat andaian orang Hindu akan makan daging lembu tersebut.

"Jadi, andaian ada makanan atas meja, ia dimakan, itu tidak boleh diterima," kata Ismail semasa perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail menerangkan penganut Hindu yang hadir ke majlis kenduri orang Melayu Islam tidak akan memakan daging terhidang atas meja kerana mematuhi larangan agama.

"Di Malaysia, setiap kenduri orang Melayu Islam akan ada daging lembu dan orang Hindu juga datang kenduri orang Melayu.

"Atas meja tersebut, terhidang daging lembu, sama ada rendang atau gulai kawah.

"Jadi, dengan ada daging lembu tersebut, jangan buat andaian orang Hindu makan daging lembu," katanya.

Baru-baru ini, gambar menunjukkan Ismail bersama Ketua Umno Bahagian Beluran Datuk James Ratib menikmati makan malam dengan telur penyu dihidangkan atas meja menjadi viral di media sosial.

Gambar itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar di negeri ini.

Susulan penyebaran gambar itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata siasatan sedang dijalankan Jabatan Hidupan Liar Negeri.

Di Sabah, Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 memperuntukkan denda RM50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika seseorang disabitkan kesalahan memiliki haiwan yang dilindungi atau produk haiwan berkenaan termasuk telur penyu. – 19 November, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

confirm nnti kluar statement kata gambar tu edit by somebodi hahahhaha