Isnin, 12 Oktober 2015

Selamat tinggal Husam, damailah dikau di sana

"Saya adalah orang yang terawal menulis memberi amaran tentang adanya gerakan menjatuhkan husam dan menulis amaran tentang PAS bakal menuju kehancuran, iaitu sejak tahun 2009. Saya penah menerima email dari orang kuat PAS, menuduh saya talibarut UMNO kerana menulis tentang kehancuran PAS, tetapi setahun kemudian orang yang sama menghantar email memohon maaf tersalah tuduh dan mengesahkan ternyata apa yang saya tuliskan adalah benar. Kemudian dari sehari ke sehari, sisi buruk dan jijik sesetengah pemimpin PAS mula nampak nyata dan makin membarah.

Sebenarnya hati rasa sayu dan rasa seperti tertinggal sesuatu, bila terbaca kenyataan Husam, bahawa dia sebolehnya akan kekal di dalam PAS sehingga mati. Saya percaya tentu ramai penulis penulis lain yang berperasaan sama seperti saya.

Saban hari kami menulis tanpa menerima apa apa upah. Menulis dengan niat ingin membetulkan sesuatu yang pincang, mengikut cara kami dan semampu kekuatan yang kami ada. Ketika PAS masih berada di landasannya (mengikut tafsiran kami), kami cuba berjuang dengan cara kami tanpa ada penghargaan dari sesiapapun, membantu PAS mengembangkan sayap ke serata malaysia. Malah tanpa ada sesiapa mengenali siapakah kami sebenarnya.

Di kalangan kami para penulis, Husam adalah satu susuk tubuh yang punya karaktor tersendiri, daya intelektualnya terserlah dan tidak gopoh dalam membuat sesuatu keputusan. Yang paling kami rasa hormat adalah, ia seolah olah telah berjaya menjadi 'copy paste' Tok Guru Nik Aziz.

Seolah olah jika perbandingannya, jika Rasuulllah saw ada Saidina Abu Bakar ra di sisi, maka TGNA pula ada husam di sisi. Husamlah yang menjadi galang ganti kepada TGNA. Menyelesaikan masalah masalah rumit negeri kelantan, kerana pada ketika itu semua senjata musuh tertala ke satu negeri yang mula mula ingin martabatkan Islam.

Seperti kata husam sendiri, jika 'bayi islam lahir, husam adalah bidannya'..gambaran tentang dia sendiri adalah orang awal yang menyambut kelahiran negeri islam kelantan maka sudah pastilah sayangnya agak lebih kepada negeri kelantan di bawah PAS. Mungkin kerana itu dia memilih untuk kekal di dalam PAS sehingga mati.

Husam sayang PAS, husam sayang Islam. Kami penulis penulis pun sayang PAS, kamipun sayang Islam. Tetapi kami membezakan antara PAS dan Islam. Kami memisahkan yang mana satu jalur sayang Islam yang mana satu jalur sayang PAS.

Jika ada seseorang membuat sesuatu fitnah, tetapi dalam masa yang sama dia menyatakan itu adalah Islam, maka kami tentang. Jika ada seseorang yang menggunakan nama "Islam' tetapi memberi sisi buruk terhadap Islam, pedang kami adalah pena. Pena kami akan memancung mereka. Kami menulis biarpun kami dibenci. Sayang kami terhadap Islam melebihi sayang kami terhadap PAS.

Kembangkanlah Islam. Kami sokong. Kerana Islam menyebarkan kebaikan tetapi bila sesiapa sahaja cuba merosakkan imej Islam, kami bangkit dengan pena kami.

Maka di sini husam dan kami telah mula berbeza jalan. Pada pandangan kami, sayangnya Husam terhadap PAS dan kekal di dalamnya...bakal memusnahkan husam, malah juga bakal memusnahkan PAS dan membawa kepada jatuhnya Islam dibumi kelantan.

Kerana husam hanyalah seekor biri biri yang sedang di kelilingi oleh sekawan serigala. Kaki husam pun makanan mereka, kepala husam pun makanan mereka. Mungkin niat membaiki dan mempertahankan dari dalam, hanya masa yang akan memakan diri husam.

Kami hormat keputusan husam yang rela tidak menjadi ADUN pada PRU akan datang jika tidak dipilih. Konon, mungkin, tidak mahu diangggap sebagai pemangkin kepada perpecahan PAS. Husam rela menjadi lilin terbakar dengan niat menerangi orang lain. Tetapi bagi kami dengan membiar dirinya terbakar, sebenarnya akan menghanguskan keseluruhan kerajaan Islam nanti.

Jika Malaysia ada Najib yang mengikis harta negara, apa kurangnya kelantan? Kelantan ada 'iblis berkopiah' yang sedang melahap harta rakyat. Mereka sekarang adalah orang penting di dalam kerajaan negeri. Mereka mencatur harta negari sebebasnya. Negeri kelantan sekarang semakin miskin tetapi mereka semakin kaya.

Kami tahu, cara dan strategi licik mereka. Tiap harta negeri yang dirompak, akan ada bahagian untuk parti, maka kerana itulah ianya terpendam senyap. Tidak ada bangkangan. Ia seolah iolah halal di sisi Islam kerana adanya sumbangan untuk 'parti islam'

Kami sangat percaya husam sedar dan sangat mengerti tentang kisah yang berligar seperti ini di negeri kelantan sekarang. Mungkin juga husam berniat ingin membaikinya dari dalam. Terserahlah. Itu keputusan yang patut kami hormati. Tetapi kami percaya seekor biri biri tidak akan mampu melawan sekawan serigala yang sedang lapar. Bagi kami, dari pada mati menyerah, lebih baik mati melawan.

Pandanglah dan tolehlah ke tepi. Lihatlah wajah wajah sahabat lamamu seperti khalid samad, mat sabu, salahudin ayub dan ramai lagi. Mereka juga seperti kamu pada awalnya. Ingin membaiki dari dalam. Tetapi titik noktahnya ada. Mereka sedar keadaan sudah tidak mungkin dibaiki lagi dari dalam.

Merekapun seperti kamu, sayang PAS dan sayang Islam. Tetapi dalam dada mereka ada sekeping hati yang berbeza dari kamu. Mereka rela dituduh pengkhianat. Mereka rela diumpat dikeji. Mereka memilih jalan onak dan duri.

Kerana lorong lorong lama sudah penuh najis. Lorong lorong lama sudah terpalit noda. Kewajpan mereka ingin mengembalikan kembali jalan yang sebetulnya dan caranya membetul jalan adalah dari luar.

Renunglah kembali sejarah Islam

Dalam lipatan sejarah Islam, ramai yang kenal dan sangat membenci nama Mustafa Kamal Attartuk. Tetapi tidak ramai yang membongkar sebab sebab jatuhnya empayar Islam Uthmaniah. Sejarahnya hampir sama. Adanya sekawan serigala di dalam pemerintahan Islam. Isteri dan anak menantu masuk campur dalam 'amanah yang diserahkan oleh ALLAH swt'. Lebai lebai mereka pada masa itu juga tamakkan harta dunia.

Kara Mustafa yang banyak berjasa kepada Sultan Murad disingkir oleh wazir wazir serigala, urusan pemerintahan Sultan Salim 2 diserahkan kepada MUhamad Pasya Secili dan macam macam peristiwa, yang keadaannya sama juga berlaku seperti sekarang.

Sebab sebab runtuhnya kekuatan sebuah kerajaan Islam adalah sama faktornya dari dahulu sampai sekarang, iaitu adanya wazir wazir yang berhati serigala, wazir yang berserban tetapi berhati syaitan.

Malah yang anehnya, pada saat saat terakhir sebelum kejatuhan Uthmaniah, perisik britain, Lawrence of Arabia mula menyuburkan semangat nasionalisme. (dalam PAS pun ada pensyarah universiti menyusup masuk menyuburkan fahaman melayuisme atau Islam terancam).

Semua zaman hampir sama faktornya yang menyebabkan kejatuhan sebuah kerajaan Islam. Maka sedarlah kami kenapa sahabat sahabat husam memilih jalan berbeza. Mereka tidak lagi ingin mengulangi sejarah lama, membiarkan wazir wazir menggunakan nama Islam untuk memuaskan nafsu tamak haloba mereka, tidak!

Maka terpisahlah kita sekarang. Betapa kami sayang kamu, hormati kamu, hargai kamu tetapi kita telah berbeza jalan. Kami takut, andai kami melengahkan waktu barang sesaat, maka nanti akan muncul MUSTAFA KAMAL ATTARTUK VERSI MODEN.

Hanya sebaik baik ayat yang yang dapat kami ucapkan kepada kamu ialah.........SELAMAT TINGGAL HUSAM
~ Oleh ramziredang

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

11 respon:

Tanpa Nama berkata...

amat setuju dgn penulis

Unknown berkata...

Taat kpd Allah - mutlak. Taat kpd Rasul - mutlak. tiada alasan utk membantah. tp taat kpd pemimpin - tidak mutlak. pemimpin mesti taat kpd Allah dan Rasul sblm boleh ditaati.

kpd walaun2 yg taat kpd pemimpin yg tak taat kpd Allah dan Rasul, dengarlah rintihan kamu dineraka nanti:

“Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan
kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Al-Ahzab: 66-68)

Rasulullah saw bersabda: “Ada lima orang yang dimohonkan laknat atas mereka dan semua nabi mengaminkannya: (1) Orang yang menambah kitab Allah dan meninggalkan sunnahku, (2) orang yang mendustakan takdir Allah, (3) orang yang mengatakan halal atas nama keluargaku apa yang diharamkan oleh Allah, (4) orang yang mementingkan dirinya dalam harta rampasan perang yang dihalalkan baginya, (5) orang yang mengajak berbuat baik sementara dirinya meninggalkannya atau melarang orang lain berbuat dosa sementara dirinya melakukannya.”

Tanpa Nama berkata...

Seolah2nya, dari penulisan anda ini, ''orang berkopiah" itu hanya wujud selepas berpecahnya PAS.

Sebenarnya, semua gejala "makan harta rakyat" d Kelantan ini berlaku sejak sekian lama PAS memerintah Kelantan. Yang berkopiah makan, yang tak berkopiah pun makan. Sama-sama kuat makan harta rakyat.
PAS ker, Harapan ker, kedua2 sedang berebut2 untuk makan harta rakyat.
Perjuangan tentang Islam?
Karut!
Semua hanya di bibir sahaja.
Sila anda nyatakan bahawa anda langsung tidak tahu mengenai pelahapnya sebahagian besar pemimpin2 PAS Kelantan ini - yang berkopiah dan yang tidak berkopiah.

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu suka aura babi,kuda tugangan DAP.

Tanpa Nama berkata...

Orang2 yang menjahanamkan ekonomi kelantan bukan pas. Harap tuan2 banyakkan istifar. Harap tuan2 membuka buku sejarah. Duduk dan bacalah tenang2.

Semenjak pas mengambil kelantan 30 tahun dahulu, syaitan dan iblis yang bersarang dalam hati2 manusia bernama yahudi lord ried, umno bn dan rakyat kelantan yang cetek politik telah bersumpah akan memiskinkan kelantan biar pun terpaksa menumpahkan darah. Kelantan serambi mekah mesti dijadikan papa, kaku dan beku supaya jangan sesiapa pun ambil contoh kebaikkannya atas nama negara islam. Padamkan apa2 pun aspek yang boleh dijadikan teladan dan rujukan.

Harta merdak kelantan yakni minyak jangan diberi. Peruntukan disempit2kan dan bagi kepada puak dia dulu. Pembangunan psarana jangan sempurna. Negeri kelantan mesti dimiskinkan. Serangan ekonomi mesti dibuat sungguh3. Agar kelantan hanya gah pada nama serambi mekah sahaja. Tidak boleh mengekspot idea serambi ke negeri2 lain. Tidak boleh jadi contoh kepada negara jiran, kepada dunia.

Ini semua kerja2 dajjal yang kepalanya di wasingtun dan ekornya di kuala lampor. Mereka buat kerja2 menjahanamkan negeri kelantan ini dengan sungguh2. Terutama zaman mahatit, mamak ini tidak segan silu mendedahkan betapa mereka nak buatkan kelantan tidak boleh ada roh islam. Hanya ada badan sahaja yang comot lagi miskin papa kedana. Supaya dunia menengok islam ini bagus tapi, aiya miskin woo. Tak de kemajuan langsung, islam ape macam ini.

Kasihan. Tuan2 tidak tahu. Faktor kelantan ini juga menjadi asbab syahid dan teraniayanya beribu2 orang saudara kita di selatan siam. Dajjal yang takut kelantan bangkit membawa obor islam lalu merentas sempadan membelah bumi siam, burma, china yunnan hingga ke mekah dipercayai benar2 terjadi. Benar2 bawa petaka kepada yahudi dajjal. Ini semua salah mulut2 melayu dan ustaz2 bahalol juga. Siang malam mendedahkan konon telah bangkit imam mahde. Telah ada pasukan bendera hitan dan entah apa2 claim angkat bakul sendiri lalu bercerita kepada dunia. Wahai melayu pemain politik kelas tadika. Kalau ia pun ada benda2 itu, diam sudahlah. Haram hukumnya kau dedahkan rahasia besar itu. Bahalol betul!

Jangan nak salahkan pemimpin2 pas kelantan. Tuan guru nik abdul aziz kekasih sanjungan kita sudah berusaha yang sehabis baik. Beliau tahu betapa bumi kelantan dimiskinkan secara paksa. Lalu beliau tidak sanggup ambil gaji dan elaun. Masya allah. Belum ada rasanya pemimpin islam bersikap budiman dan beriman seperti beliau ini.

Hendak mengurus negeri dan memberi makan rakyat jelata bukan kerja mudah. Mesti tebanglah pokok dan jadikan kayu api untuk dijual kalau itu perlu untuk hidup dan menjaga iman. Mesti buatlah apa pun asalkan itu harta halal kerajaan negeri.

Oleh itu berbanyak2lah bersangka baik dan berdoa agar negeri kelantan tetap berdiri megah memancarkan satu2nya obor islam di belahan bumi timur ini. Kepada yang mengkhianati perjuangan almarhum tuan guru, kita serahkan kepada Allah Swt untuk membalasnya.

Ustaz Redzuan berkata...

dah nak pergi biarlah....paksa pu tak guna.Mari kita yang tinggal ni teruskan langkah..Istiqamah sehingga Allah mendatangkan ketetapan buat kita dan dia.

Abdul Said berkata...

Semua dan segalanya ada dalam pengetahuan Allah s.w.t. PAS sedang menuju kepada jalan kehancuran hari demi hari. Adakah ia akan hancur seperti UMNO di Republik Singapura. Sama-samalah kita lihat.

Unknown berkata...

Pelahapnya Hading..

Unknown berkata...

Pelahapnya HADIng...

Emer berkata...

Setuju dengan Ramzi Redang. Kebanyakkan kita yang memblogging menyokong dan mempromosi 'parti ulama' dan Pakatan Rakyat melakukannya dengan kerelaan hati sendiri.

Kita menyumbang masa dan kudrat, mengkaji fakta dan memerah otak mengarang hujah sokongan dan menjawab fitnah lawan secara sukarela, tidak diupah apalagi minta dihargai dan disanjungi. Dan kita tidak meminta-minta semua itu kerana perjuangan kita semata-mata ingin bersama-sama memperjuangkan 'Islam/PAS for All', 'Negara Berkebajikan' dan 'Buku Jingga'.

Idea-idea ini mulanya benar-benar memberi nafas baru di persada politik negara dan harapan besar perubahan politik lebih baik kepada bukan sahaja pengundi Muslim malah bukan Muslim sehinggalah pemimpin 'Taliban' parti Husam ini memperlihatkan sisi buruk mereka yang meninggikan fitnah dan cemuh cela sebagai kaedah 'perjuangan'.

Kita bukan seperti blogger banggang Regim yang menulis kerana prepaid (upah lumayan), yang mengarang mengikut selera lidah dan nafsu, yang mengkayakan budaya fitnah dan menyuburkan amarah yang salah di alam siber. Kita menulis kerana kesedaran menentang kezaliman penguasa yang sudah tidak terbendung dan melampaui waras cara hidup. Kerana kita sedar bahana dosa pena.

Kita menulis dengan kecendorongan menyokong 'parti ulama' kerana kita percaya agama mampu mengawal mereka, menjadikan mereka lebih baik (lebih mulia) dari parti liberal dan sekular. Kita percaya mereka tidak berbagi-bagi dengan lafaz perjanjian mereka mendahulukan kemashalatan masyarakat. Lebih-lebih lagi ramai antara mereka sarjana agama dari Semenanjung Arab, Timur Tengah dan Mesir. Kita yang rata-rata jahil agama dan kurang amalan berharapkan 'aura' mereka untuk keberqatan Allah.

Ternyata benarlah, ketika kita berada ditebing paling curam, hanya kita dapat memilih samada mahu selamat atau terjatuh ke dalam jurang. Tidak sesiapa, termasuklah 'parti ulama' mampu menyelamatkan kita melainkan diri kita sendiri. Kita salah meletakkan pengharapan kepada 'ulama, lebai dan ustaz' ketika mencari hidayah. Hidayah datang bukan kerana mereka. Sebaliknya kerana kesedaran dalam diri kita sendiri. Sepertimana kita sedar, memblogging memperjuangkan kebaikan adalah kunci membuka pintu hidayah yang lebih luas.

Tanpa Nama berkata...

gila....