Rabu, 14 Oktober 2015

Amanah barua DAP atau PAS kaki fitnah?

Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan dakwaan ia dibiayai dan menerima dana daripada DAP.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir menyifatkan tuduhan itu propaganda murahan untuk memburukkan nama parti baharu itu.

"Sangat tidak benar kami dibiayai DAP. Kalau dia (DAP) hendak bagi pun kita tak akan terima," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di Kuala Lumpur, hari ini.

Anuar berkata, 30 ahli yang berada di dalam jawatankuasa Amanah memberikan sumbangan berjumlah RM40,000 bagi menubuhkan parti itu.

"Ahli kita dulu keluar RM40,000 (jumlah keseluruhan) seramai 30 orang. Semua sekali seperti Salahudin Ayub dan Khalid Samad,"  katanya.

Selain sumbangan tersebut, wang dana untuk membentuk Amanah juga datang daripada hasil yuran ahli sebanyak RM10 seorang."

Keahlian baru yuran RM10. Dari situ, RM5 untuk (dana) pusat, RM5 lagi negeri," katanya.

Sementara itu, Anuar berkata, Amanah akan terus mengamalkan konsep derma seperti yang dilaksanakan PAS sebelum ini.

“Kita akan amalkan (konsep derma). Lebih baik dapat derma ikhlas daripada ahli berbanding orang luar. Kita tidak mahu sesetengah pihak menguasai kita,” katanya kepada wartawan.

Amanah hari ini mengadakan sidang media sempena 40 hari penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang setakat ini berjaya mengumpul 50,000 ahli seluruh negara. – 13 Oktober, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tidak apa dikatankan Amanah barua DAP tetapi yang penting kita dapat jalankan kerja dengan baik.pertolongan DAP kita perlu,biarkan Pas bersama denagan Perkasa dan PKR semoga rakyat tahu membezakan ulamak suk dengan muslin amanah.