Rabu, 5 November 2014

Gelombang Reformasi 2014 yang hambar?

Perlu atau tidak PKR berhimpun ramai-ramai jika Anwar disumbatkan ke dalam penjara besi?

Anwar Ibrahim adalah lambang politik baru dan lambang kepada PKR. Anwar Ibrahim sangatg digeruni oleh musuh politiknya.

Mahu atau tidak mahu, penyokong pakatan rakyat harus akui, Anwar Ibrahim membuka lanskap baru dalam mengimbangi kuasa politik UMNO-BN.

Anwar Ibrahim berjaya menyatukan PAS-PKR -DAP. TG Hadi dan Kit Siang harus mengakui kebenaran ini.

Anwar Ibrahim telah berjaya mencuri undi rakyat dari UMNO-BN. Anwar Ibrahim memang menjadi musuh utama UMNO-BN.

Persoalannya apakah perlu berhimpun secara mega untuk mengembalikan reformasi tahun 1998?

Penyokong UMNO melalui kaca tv akan mengatakan ianya menyusahkan pihak lain (rakyat) sekiranya berhimpun. Peniaga-peniaga akan terjejas, kesesakan lalu lintas dan pelbagai lagi.

Apa kata kita tukar tempat Anwar Ibrahim dengan Mahathir ataupun Najib.

Sumbat Mahathir atau Najib ke dalam penjara dengan isu serupa.

Apakah penyokong UMNO-BN tidak akan berhimpun?

Apa lagi cara untuk rakyat yang simpati dengan Anwar menzahirkan sokongan mereka?

Ini adalah fahaman politik. Ada yang percaya Anwar difitnah, konspirasi politik atas keunggulan Anwar dalam mengimbangi kuasa UMNO-BN. Di satu pihak lain mereka percaya Anwar memang melakukan liwat.

Antara liwat dan konspirasi politik, di manakah kita berada?

Wajarkah perhimpunan diadakan jika Anwar benar-benar disumbat ke dalam penjara?

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menegaskan, PKR akan mengadakan himpunan besar-besaran pada hari Sabtu dan Ahad ini di Dataran Merdeka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah melibatkan kes liwat II.

Tian Chua mendakwa, himpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar dan bakal menjadi gelombang kedua reformasi selepas tahun 1998.

"Perjuangan kita tidak akan berakhir.

"Petang ini jika Anwar dihukum, kita akan adakan himpunan besar-besaran hujung minggu ini," katanya ketika menyampaikan ceramah ringkas dihadapan penyokong Anwar di pekarangan Istana Kehakiman di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Tian Chua menambah, himpunan itu diadakan bagi menunjukkan bahawa rakyat masih bersama Anwar.

"Kita akan tunjukkan, kita ada kekuatan, rakyat masih bersama kita," katanya.

Hari ini merupakan hari keenam perbicaraan kes rayuan liwat II yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: