Selasa, 4 November 2014

Aku bercerita pasal tol dengan abang teksi

oleh: pen buruk online ™

"tak faham kenapa pembangkang masih kutuk kerajaan" kata saudara pemandu teksi.

"kenapa pulak bang" aku cuba memancing

"kerajaan dah banyak tahun tanggung kenaikan tol, rakyat tak payah bayar" kata pemandu teksi.

Aku diam tersenyum .. rupanya UMNO melalui media dah berjaya bodohkan rakyat.

"Maksud abang macam mana?" tanya aku buat-buat tak faham.

"Yelah, sepatutnya rakyat yang ikut tol kena bayar lebih setiap tahun, pasal tol naik selalu"

"jadi macam mana pula rakyat tak payah bayar?" tanya aku lagi.

"kerajaan kita cukup bagus, tanggung kos kenaikan tu, tahun lepas lebih RM300 juta"

" O macam tu .." aku jawab

"maaf bang, boleh saya bagi pendapat" jawab aku, cuba berlagak sopan, mana la tau dia marah nanti suruh aku turun tengah-tengah jalan ni kan susah.

"kerajaan bayar kat pihak tol tu lebih Rm300 juta tu guna duit siapa?"

"duit kerajaan la" jawab pemandu teksi yang rasa macam tidak bersalah

"duit kerajaan tu duit siapa?"

"duit kita semua la" ucap abang teksi

"jadi siapa bayar RM300 juta lebih tu?"

" errrr.... kita la" mula rasa gelisah. Macam pesalah liwat di dalam kandang.

"sekarang kenapa kat negara kita lagi banyak kereta, lagi banyak dapat untung, lagi kerap mereka naik harga tol"

"perjanjian la agaknya"

"kenapa kerajaan rahsiakan sangat perjanjian pembinaan lebuhraya?" tanya aku macam peguam kes liwat la pulak hehehehehehe

"keselamatan negara la kot"

"keselematan apa pulak bang, apa kena mengena keselamatan negara dengan tol?" aku cuba main api

"errr ..."

Kita tutup la cerita kat atas. Apapun alasan kita harus fikir dengan matang. Rakyat kini bukan lagi bodoh.

RM1.1b untuk pampasan konsesi lebuh raya

Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM1.1 bilion antara 2008 hingga 2013 untuk membayar pampasan kepada semua pemegang konsesi lebuh raya di seluruh negara untuk menghalang mereka menaikkan kadar tol seperti yang dinyatakan dalam penjanjian.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan dijangka akan mengeluarkan lagi RM400 juta dalam bentuk pampasan bagi tahun 2014.

Jumlah RM400 juta merupakan jumlah tertinggi yang kerajaan belanjakan sejak 2008 kerana ia masing-masing dibayar sebanyak RM339 juta dan RM310 juta pada 2012 dan 2013.

Daripada 15 lebuhraya yang disenaraikan, Lebuh raya Sprint dan Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) adalah penerima terbesar dengan masing-masing berjumlah RM281.84 juta dan RM257.78 juta sejak lima tahun lalu. ~MK

Kenapa Rakyat Malaysia perlu marah dan membantah kenaikan harga tol:

1) Bina lebuhraya - RAKYAT yang keluarkan duit

2) Kadar TOL - RAKYAT yang keluarkan duit (untuk lalu)

3) Keuntungan kutipan TOL - RAKYAT yang punya duit

4) Gaji, bonus lembaga pengarah syarikat lebuhraya - RAKYAT yang bayar

5) Perjanjian konsesi - RAKYAT tidak tahu apa

6) Pembayaran pampasan konsesi - RAKYAT tidak tahu apa

7) Lebuhraya tetap sesak - RAKYAT tetap perlu bayar (untuk lalu)

Tauke syarikat lebuhraya kaya - RAKYAT yang keluarkan duit

9) Sambung perjanjian konsesi - RAKYAT tetap terus keluarkan duit

10) Kos binaan dah balik modal - RAKYAT masih kena keluarkan duit

11) SEMUA KOS, GAJI, BONUS, KEUNTUNGAN, BAYARAN PAMPASAN, LANJUTAN PERJANJIAN KONSESI, GAYA HIDUP MEWAH KRONI SYARIKAT PEMBINA LEBUHRAYA DAN SEBAGAINYA YANG BERKAITAN DENGAN KADAR TOL, GUNA DUIT RAKYAT.

Dan bila rakyat gunakan lebuhraya, rakyat juga yang perlu bayar?

SISTEM apa yang lu guna sampai semua rakyat nak kena tanggung?

LEBUH RAYA ADALAH MILIK RAKYAT KERANA DIBINA MENGGUNAKAN DUIT RAKYAT!


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Arn Ron berkata...

Dewan Negara Sesi April – Mei 2012: Bilangan pembayar cukai pendapatan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DR. S. RAMAKRISHNAN

TARIKH : 3 MEI 2012 (Khamis)

SOALAN

Dr. S. Ramakrishnan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa:

(a) bilangan pembayar cukai pendapatan sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah rakyat di Malaysia iaitu seramai kira-kira 28 juta orang ketika ini. Dilaporkan bahawa pada masa ini hanya seramai 1 juta rakyat negara ini yang membayar cukai pendapatan; dan

(b) berapa peratus penjawat awam yang membayar cukai pendapatan.

http://rama4change.wordpress.com/2012/05/11/dewan-negara-sesi-april-mei-2012-bilangan-pembayar-cukai-pendapatan/

Unknown berkata...

Sdr patut tanya driber teksi tu dlm umnob apa jawatan.
He he tentu teperanjat jika dia kata dia ketua bahagian....yg mental macam tu je org kuat umnob.
Jika lebih nk rebut jadi menteri pula... Noh Omar.