Sebanyak 15 bas membawa penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tiba dari seluruh negara hari ini bagi memberi sokongan kepada pemimpin pembangkang itu menjelang keputusan rayuan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, parti itu telah merancang untuk menjemput lebih ramai penyokong menyertai himpunan menyokong Anwar yang diadakan di pekarangan Mahkamah Persekutuan sejak hari pertama perbicaraan pada 28 November lalu.
"Bilangan penyokong Anwar dijangka bertambah pada hari terakhir perbicaraan esok (hari ini).
"Bukan penyokong dari Kuala Lumpur dan Selangor sahaja yang akan datang," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Persekutuan, semalam.
Jumlah penyokong Anwar semalam dilihat berkurangan berbanding pada awal perbicaraan.
Sementara itu, Zuraida meminta penyokong Anwar tidak melayan sebarang provokasi yang dilakukan penyokong bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menurutnya, provokasi hanya bertujuan menimbulkan suasana tegang dalam himpunan penyokong Anwar.
“Mungkin penyokong Mohd Saiful ini nak tunjukkan tekanan kepada penyokong Anwar bahawa Anwar bersalah tetapi pada hakikatnya dia tidak bersalah.
“Kita tahu dan dengar mereka lakukan provokasi dari hari pertama, dan ia tidak menjadi masalah kepada kita,” katanya.
Zuraida mendakwa provokasi penyokong Mohd Saiful adalah upahan pihak tertentu bertujuan mewujudkan suasana tegang selain melemahkan semangat penyokong Anwar.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan