Selasa, 25 Mac 2014

Mesej sayu anak kepada krew MH370

KUALA LUMPUR - "Tuhan lebih sayangkan daddy... Tuhan lebih sayangkan mereka," kata Maira Elizabeth Nari, anak perempuan Ketua Pramugara penerbangan MH370 Andrew Nari selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkongsi kesedihan menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sidang media khas bagi mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) itu malam tadi.

Ketika pengumuman itu dibuat, Maira Elizabeth, menerusi akaun Twitter beliau @Gorgxous_ pada mulanya menyebut: "I just don't know what to say about it" (Saya tak tahu nak kata apa) diikuti "God loves you more daddy... God loves them more)," tiga minit kemudian.
{baca lagi klik butang papar ... }



Dalam mesej pada 11.30 malam beliau, Maira Elizabeth menyebut "I will never forget the look on his face when he opened his birthday present the other day. He was so happy!"

(Saya tak akan lupa riak wajah gembira beliau ketika membuka hadiah hari jadinya tempoh hari. Dia amat gembira)

Akaun itu mempunyai 57,162 pengikut dan 62,474 tweet setakat pukul 11.30 malam.

Peminat Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC turut melahirkan sokongan mereka kepadanya selepas Maira Elizabeth menulis mesej yang meruntun hati kepada ayahnya di Twitter pada 16 Mac lepas. - Bernama

sumber

Artikel Berkaitan







# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: