Khamis, 28 Februari 2013

Panas Presiden JMM terima habuan lumayan dari Najib?

Isu kepulangan P.Bala untuk menafikan sb2 beliau mendapat reaksi berbeza dari pengampu Najib dan UMNO.

Presiden JMM dengan tanpa segan silu telah mengeluarkan kenyataan melalui Utusan dengan mengatakan P.Bala telah menerima upah yang lumayan untuk memburukkkan Najib.





# sila like "pakatan rakyat supporters"



Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, segala kos berkaitan usaha membawa Balasubramaniam pulang ke negara ini dan berkempen ditanggung sepenuhnya oleh pakatan pembangkang dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Bagaimanapun, jelas beliau, butiran terperinci tentang jumlah habuan yang diterima oleh Balasubramaniam tidak dapat didedahkan.

''Saya percaya Balasubramaniam diberi bayaran yang agak besar untuk menjayakan usaha menabur fitnah dan pembohongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

''Sudah tentu Balasubramaniam mengharapkan balasan yang setimpal dengan apa yang dia akan lakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung akuan bersumpah menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Pertama, PBO cabar presiden JMM ini untuk mendedahkan berapa habuan yang diterima P.Bala untuk membongkar kes pembunuhan Altantuya. Mungkin bisikan syaitan sampai ke telinga presiden JMM ini menyatakan sesuatu angka. RM5 juta, RM10 juta atau mungkin RM100 juta. Kalau angka RM5 juta tu agak sinonim dengan bayaran untuk "menculik" ahli parlimen pakatan yang diterjemah menjadi katak.

Kedua, setibanya di lapangan terbang, P.Bala telah bersumpah dengan kitab Hindu bahawa sb2 tidak benar dan hanya sb1 sahaja yang benar. Kata kunci di sini adalah bersumpah dengan kitab agama. Kalau yang ini presiden JMM tidak mampu mempercayainya dan menggangap pengakuan P.Bala sebagai fitnah, cuba kita bandingkan pula dengan sumpah laknat beberapa pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri. Apakah sumpah itu hanya sandiwara seperti juga P.Bala?

Kita lupakan perbedaan sumpah mengikut agama masing-masing. Kata kunci adalah sumpah.

Ketiga kenapa PBO kata presiden JMM ni kurang cerdik adalah kerana P.Bala telah membuat akuan bersumpah (sb) yang sah di sisi undang-undang. Kenapa tidak di siasat Najib? Kenapa pula sb yang sah di sisi undang-undang, kamu menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap P.Bala?


Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan bagi membendung fitnah dan pembohongan yang bakal disebarkan penyiasat persendirian tersebut.

-utusan: (ada habuan sebar fitnah?) / 26.2.2013


Seterusnya, janganlah kamu samakan corak pemikiran penyokong UMNO/BN sama degnan pakatan rakyat. Ada habuan baru nak sokong.

Dan akhir sekali, andai P.Bala diberi habuan sekalipun, bukan isu duit yang kita timbulkan. Tapi akuan bersumpah Bala. Kenapa tak siasat akuan bersumpah itu?

Sekarang aku pula nak tanya presiden JMM ni, berapa upah dia dapat untuk mengampu Najib dan UMNO?


Hehehehe dia boleh join club mengampu tahap satu seperti orang ni

rujuk sini
imbasan full story misteri pembunuhan Altantuya boleh rujuk

~sini

link copy / paste:

http://penburukonline.blogspot.com/2013/02/panas-presiden-jmm-terima-habuan.html


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Azwanddin, kalau kau bodoh simpan la sikit, jangan tunjuk semua.